Posts

Showing posts from December, 2016

BETUL KE ORANG KOREA SELATAN JUJUR?

Image
PENA : EIZAN ARIFFIN Saya selalu dengar ramai orang yang bercerita bahawa sifat orang Korea Selatan sangat jujur dan berdisiplin tinggi. Pendek kata, mereka tidak ‘hadap’ barang yang bukan kepunyaan mereka dan diajar untuk sentiasa bercakap benar. Benarkah kenyataan ini? Jadi, saya ingin kongsikan satu pengalaman sebenar yang saya alami pada hari pertama menjejakkan kaki ke bumi Korea Selatan ini.  Sudah lebih seminggu, baru saya sempat untuk kongsikannya di ruang blog. Sibuk sangat ke? Ahh…lupakan bab tidak sempat itu… Kami tiba di lapangan terbang Incheon pada hari Khamis 24 November 2016. Mulanya suami ingin membeli tiket bas untuk balik ke tempat tinggalnya yang terletak di Cheonho, Gangdong-gu Seoul. Bagaimanapun, tiba-tiba ada seorang lelaki warga Korea berusia dalam 50-an menghampiri kami dan menawarkan perkhidmatan teksinya sambil bercakap dalam Bahasa Korea selain ada sepatah dua Bahasa Inggeris menyebut 90,000 won sambil menunjukkan jarinya. Suami saya kata