BAHAYA PADA ANAK ADA DI MANA-MANA
Pena EIZAN ARIFFIN Foto Gerobok S3 “Mama, Kimi kena langgar dengan kereta”, jelas suara adik Kimi ketika mengadu pada saya melalui phone ketika saya dalam perjalanan balik dari Kelana Jaya selepas habis presentation planning for 2014 malam tadi. Ya Allah, betulkah apa yang saya dengar ni? Saya mengaku saya ni jenis yang cepat panik jika ada apa-apa perkara berlaku pada anak-anak. Lebih-lebih lagi kalau luka itu berdarah. Silap-silap haribulan saya boleh mabuk darah walaupun darah itu sikit sahaja. Dan saya tak dapat bayangkan situasi itu dialami oleh anak bongsu saya yang sangat manja itu. Nasib baik bukan saya yang drive, sebaliknya sahabat saya Hot Mama Rin yang drive. Kalau idak mesti saya sudah tidak keruan. “Ha, kena langgar? Siapa langgar adik? Luka tak? Sakit tak? Berdarah tak?, “ soal saya bertalu-talu kepada adik Kimi yang berusia 3 tahun setengah ni. Saya pun tak pasti bagaimana dia nak jawab soalan-soalan saya itu. Macam-macam per...