BETUL KE ORANG KOREA SELATAN JUJUR?


PENA : EIZAN ARIFFIN


Saya selalu dengar ramai orang yang bercerita bahawa sifat orang Korea Selatan sangat jujur dan berdisiplin tinggi. Pendek kata, mereka tidak ‘hadap’ barang yang bukan kepunyaan mereka dan diajar untuk sentiasa bercakap benar. Benarkah kenyataan ini?

Jadi, saya ingin kongsikan satu pengalaman sebenar yang saya alami pada hari pertama menjejakkan kaki ke bumi Korea Selatan ini.  Sudah lebih seminggu, baru saya sempat untuk kongsikannya di ruang blog. Sibuk sangat ke? Ahh…lupakan bab tidak sempat itu…

Kami tiba di lapangan terbang Incheon pada hari Khamis 24 November 2016. Mulanya suami ingin membeli tiket bas untuk balik ke tempat tinggalnya yang terletak di Cheonho, Gangdong-gu Seoul. Bagaimanapun, tiba-tiba ada seorang lelaki warga Korea berusia dalam 50-an menghampiri kami dan menawarkan perkhidmatan teksinya sambil bercakap dalam Bahasa Korea selain ada sepatah dua Bahasa Inggeris menyebut 90,000 won sambil menunjukkan jarinya.

Suami saya kata itu ‘teksi sapu’ tetapi harga yang ditawarkan tidak jauh beza dengan tiket bas. Jadi, kami bersetuju malah rasa ia berbaloi memandangkan banyak beg yang dibawa selain anak-anak yang masih kecil. Cuba bayangkan kalau kami menaiki bas, mesti huru-hara kan? Hahaha…

Perjalanan ke Cheonho mengambil masa lebih sejam. Sepanjang perjalanan, kami dapat lihat pemandangan musim luruh yang cantik. Daun-daun yang berwarna hijau telah bertukar coklat dan kemerah-merahan malah telah mula gugur menampakkan ranting-ranting yang juga indah. Biasalah, sesi merakamkan gambar bermula kerana masing-masing teruja!

Pemandu teksi yang dikenali sebagai Mr.Kim sesekali berbual dalam Bahasa Korea sambil diselangi beberapa perkataan Bahasa Inggeris yang mudah. Suami pula layan sahaja sebagai tanda hormat kami.

TERTINGGAL PHONE DALAM TEKSI

Hendak dijadikan cerita, saya tertinggal telefon bimbit dalam teksi Mr Kim! Ya Allah…saya hanya menyedarinya selepas 10 minit sampai ke apartment. Masa itu jugalah mood saya terus berubah. Mestilah tidak happy kan? Baru jer sampai tapi phone dah hilang! Mau menangis rasanya, lebih-lebih lagi phone itu suami yang hadiahkan sempena Annivesary kami yang lalu. Baru 6 bulan guna!

Apalagi, en.suami pun membebel la sekejap. Dia cuba beberapa kali hubungi Mr Kim (nasib baik dia beri kad) untuk bertanya tetapi kami ada masalah dari segi Bahasa. Macam ayam bercakap dengan itik. Kali pertama call, Mr Kim cakap ‘No phone’ maksudnya tidak ada phone tersebut dalam teksinya. Tetapi saya benar-benar yakin, saya letak dalam poket belakang seat pemandu.

Kali kedua atau ketiga call saya sendiri pun tidak ingat,  Mr Kim cakap ada. Aduh, susah betul mahu explain untuk minta dia hantar ke apartment sebab mereka tidak faham English. Dan komunikasi itu terputus begitu sahaja...dan saya hanya mampu berdoa phone itu dikembalikan.

Pada sebelah petang, suami menerima SMS dan panggilan (kebetulan suami saya ada talian Korea) daripada anak Mr Kim yang boleh bercakap English. Dan dia berjanji untuk hantar pada sebelah malamnya atau esok pagi dengan sedikit bayaran untuk cover cost perjalanan dia. Ok deal!

Malangnya, anak Mr Kim tidak muncul seperti yang dijanjikan. Esoknya hari Jumaat, suami telah meminta bantuan rakan sekerjanya (orang tempatan) untuk hubungi Mr Kim sekali lagi. Mungkin cara ini lebih berkesan. Dan hasilnya, anak Mr Kim berjanji untuk courier ke rumah kerana dia tidak sempat ke Cheonho kerana mereka tinggal jauh dari sini.

Wah…rupanya hebat juga penantian untuk dapatkan balik smartphone ni. Emosi terganggu mengalahkan orang hilang boyfriend! Hahaha...sudahnya saya hanya ‘menumpang’ phone anak-anak dan suami untuk ambil gambar ketika kami turun ke Itaewon pada hari Sabtu dan hari Ahad ke Childrens Park. 

Pada hari Isnin malam, suami dapat panggilan daripada courier man tapi satu masalah lagi timbul apabila dia langsung tidak memahami Bahasa Inggeris. “No English, No English’ …tu jer dia sebut. Sudahnya, apabila turun ke bawah, courier man itu sudah tidak berada di situ. Mungkin sudah cabut!
Aduh, gagal lagi. Tidak mengapa dan cuba pula cara lain. Sekali lagi kawan suami cuba call kembali syarikat courier tersebut untuk pos kembali dan minta tinggalkan parcel tersebut pada guard. 

Alhamdulillah…akhirnya phone itu sampai ke tangan saya dan betapa excited nya saya membuka parcel comel berwarna turqoise itu. Syukur sangat kerana masih ada rezeki untuk saya dengan izin Allah Yang Maha Kaya. Maka mood bercuti saya kembali berbunga-bunga. Baru boleh snap gambar banyak. Riuh satu rumah!


Yeayyyy...akhirnya saya terima parcel yang dinanti-nanti - dibungkus kemas dalam kotak dan dibalut dengan kertas berwarna turqoise
Kesimpulannya,  masyarakat di sini memang jujur. Mengikut kata kawan suami saya itu, 99% barang yang hilang biasanya akan dapat semula dan 1 % lagi itu memang tidak bernasib baik. Ermmm...kalau ia berlaku di tempat sendiri, belum tentu akan dapat kembali. Kalau semua orang di dunia macam ini, aman damai lah jadinya. Sepanjang tiga hari itu, saya yakin akan ada rezeki untuk saya. Saya juga teringatkan satu video eksperimental di you tube yang dirakam bertujuan untuk meninjau sejauh mana masyarakat Korea ini jujur.

Eksperimen ini diadakan di subway dan sebanyak 100 beg kertas berisi bunga, haruman dan gps (untuk kenal pasti ke mana beg tersebut dibawa) telah disediakan dan diletakkan dalam subway. Hasilnya begitu mengejutkan apabila 81 beg dikumpul dan diletakkan di bahagian lost & found. Apa yang boleh kita pelajari daripada sifat itu? Fikir-fikirkan ya.  

In shaa Allah, andai ada masa saya akan share karakter masyarakat di sini. Stay tune anda thanks for reading ya! Saya sertakan beberapa gambar ya...

Ini gambar first saya ambil masa dalam teksi Mr Kim..hehe

Ni kat Nami Island 3 Disember 2016 (Sabtu)

Ini kat kawasan sekitar tempat tinggal kami di Cheonho Gangdong-gu

Harta akhirat saya - posing kat Myeondong

Masam saja dia sebab kena bangun awal nak pergi jalan-jalan 

Makan bekal dalam kereta - jimat belanja

Ini kat Rail Park - destinasi paling sejuk setakat ini yang kami jejak - suhu -5 darjah selsius






Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK

PROJEK BEG SEKOLAH

MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!