KENALI SAYA

Pena EIZAN ARIFFIN
Foto Gerobok Antik Eizan
Kalau ikut nama IC, nama penuh saya Noorizan Ariffin. Nama ringkas saya Eizan Ariffin...so anda boleh panggil saya Eizan jer. Kalau yang pangkat 'adik' tu nak panggil Sis Eizan pun akak ok jer. Yang nak panggil Mama Eizan pun tak de masalah sebab saya serasi dengan nama tu..maklumlah #makanakenam kan.

Saya dan dunia blog ni baru nak aktif balik. Dulu sibuk dengan kerja sebagai editor majalah di Kumpulan Media Karangkraf selama 16 tahun. Namun atas sebab tertentu dan pastinya ia demi anak dan keluarga, saya memilih untuk lepaskan jawatan itu September 2016 yang lalu. Namun passion saya dalam bidang penulisan takkan berakhir. Saya akan teruskan dalam blog ini. Saya kini salah seorang yang praktik SOHO.

SIAPA EIZAN ARIFFIN?
Saya percaya, ramai yang tidak mengenali saya.  Iya la…saya bukan seorang selebriti, ahli politik ataupun ahli korporat yang berjaya. Saya hanya orang biasa yang hidup serba sederhana, ibu kepada enam orang anak yang berusia antara setahun hingga 15 tahun. Berderet-deret macam keretapi kan? Syukur dengan rezeki yang Allah anugerahkan kepada kami suami isteri.

Oleh sebab itulah, saya suka sharing tentang kisah anak-anak dan skil keibubapaan. Sepertimana anda, saya juga mama yang tak sempurna. Jadi, kita akan sama-sama belajar dan memperbaiki kelemahan melalui perkongsian di sini.


My Heart My Soul...macam2 aksi..hihi





SOAL KARIER...

Jom kita #throwback!

Saya  bertugas sebagai ‘orang media’ selama 16 tahun (2000-2016), bermula sebagai wartawan di majalah Nona selama 5 tahun hinggalah dilantik sebagai editor. Jadi sedikit-sebanyak beri pengalaman yang berbeza malah luar biasa!  Anda yang pernah menyelak helaian majalah MIDI di awal penerbitannya dahulu mungkin masih ada yang ingat saya. Ya, saya adalah Editor pertama majalah itu, majalah yang yang dikhususkan kepada wanita yang berusia 40++. .

Ini gambar saya bersama Puan Yati Rohani Rahim (Mantan editor Nona dan Rasa)dan Puan Putri Adila (Pen.Editor Maskulin).Kami semua 'bekas' Nona...hehe

* Gambar bersama MIDI akan saya korek nanti...dah jadi gambar antik tu...



Hampir empat tahun di MIDI, perjalanan kerjaya saya diteruskan bersama  majalah NUR, majalah bersaiz comel untuk Muslimah Berkerjaya. NUR adalah diri saya, Muslimah, berkerjaya, isteri dan ibu kepada anak-anak yang disayangi. Di sini, saya temui ilmu baru, ‘warna baru’.  Pengisian yang bertunjangkan pemilik alam semesta ini secara tidak langsung mendidik jiwa saya agar lebih mendekati Dia. Saya juga kagum bertemu dengan ramai wanita muda yang berjaya baik dari segi kerjaya mahupun bisnes.  Jauh di sudut hati, saya juga ingin berjaya seperti mereka.


Ini gambar lama saya...zaman booolaaatttt....bersama team NUR dan pembaca setia yang hadir ke majlis Ulang Tahun NUR...team  kami yang handle sendiri...


Siapa wanita jelita di sebelah saya ni? Ini Shera, seorang model sambilan, ibu kepada dua orang anak. Sekarang dia sudah ada produk kecantikan jenama sendiri iaitu Shera Beauty. Masa ini majlis hi tea NUR istimewa Edisi ke 100. Team kami juga yang handle sendiri event ni...besssstttt! 



Selepas dua tahun, saya ditukarkan lagi! Kali ini ke majalah Keibupaan & Prasekolah terkenal di Malaysia…majalah PA&MA! Wow, ini majalah parenting yang hot! Kerjaya ini pilihan saya, cinta saya, sudah sebati dalam diri saya. Alhamdulillah pengalaman beranak lima (ketika itu) banyak membantu saya memahami dan mendalami majalah ini.
So, ini team PA&MA yakni anak-anak buah saya...masa ni kami ke Institut Pediatrik HKL untuk misi PA&MA d'Hati...kat tengah tu Dr Pakar tau...

Yang ini pula ketika program PA&MA d'Hati di PPUM...




Ooopppsss, saya kena tukar lagi! Kali ni ke majalah Keluarga pula.Sesuai lah dengan saya yang dah berkeluarga, anak pelbagai peringkat usia. Selama setahun saya pegang majalah ini dan nampaknya jodoh kami tak panjang. Bila tiba masanya membuat keputusan antara kerjaya dan keluarga...saya pilih keluarga. Maka, berakhirlah kerjaya tetap saya sebagai editor dan bermulalah lembaran baru hidup saya.Sepanjang 16 tahun berkhidmat, saya bukan perlu melunaskan kerja-kerja editing dan merancang pengisian majalah, malah turut bertanggungjawab dalam hala tuju majalah itu. Malah seorang editor turut didedahkan dengan strategi pemasaran, penjenamaan dan pengurusan acara. Semua ini pengalaman berharga!



Gambar kenangan bersama Kak Ruzian Mohd Jan dalam majlis meraikan persarannya. Lebih 30 tahun berkhidmat!


Ini gambar terakhir bersama team Keluarga...


Sekarang ni saya freelance writer dan saya menawarkan servis untuk sesiapa yang nak buat ebook untuk tambah nilai untuk bisnes anda. Malah saya juga bercadang keluarkan ebook saya sendiri selain khidmat Media Agency. Doakan ya!

Sambil tu, saya turut menjinakkan diri dalam bisnes kecil-kecilan kerana saya suka sharing perkara-perkara yang membawa kebaikan untuk para wanita. 

SAYA & BISNES JUS ICHANTIQUE SLIM GRIP



Alhamdulillah. Pada bulan November 2016, saya berkenalan dengan Jus iChantique Slim Grip ini menerusi seorang kenalan yang juga bekas klien saya ketika di majalah Pa&Ma dulu. Malah saya lah yang bertanggungjawab untuk menembual beliau, menulis artikel beliau sehinggalah memantau layout dan mendapat pengesahan klien untuk proceed printing.

Syukur, sehingga saya update maklumat di sini pada 7 APRIL 2017, saya sudah mula menikmati pendapatan bulanan sebagai seorang usahawan dan bergelar Leader Empire (LE). Malah team saya semakin berkembang dari hari ke hari berkat usaha kami satu pasukan. Kami semua bermula dari bawah, belajar dari asas dan proses itu tidak akan terhenti di situ. Ikhlas saya cakap, saya mahu bantu lebih ramai wanita menambah pendapatan keluarga lebih-lebih lagi suri rumah. Selepas saya sendiri melepaskan jawatan dan beralih ke suri rumah, barulah saya faham mengapa penting untuk suri rumah hari ini bangkit membantu suami demi masa depan yang keluarga yang lebih selesa. Zaman ini, ramai yang berkerja lebih daripada satu jenis pekerjaan. Ramai yang buat bisnes sambilan untuk mendapat pendapatan tambahan. 
Sepanjang April 2017 ini, kami di Ichantique Million Empire sedang melancarkan kempen besar-besaran mencari 1000 stokis dengan modal serendah RM200 sahaja! Memang wowww! 
Mahu tahu lebih lanjut? Boleh whatsapp saya 016-3046479 




Salam sayang
MAMA EIZAN
   


Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK

PROJEK BEG SEKOLAH

MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!