Posts

Showing posts from 2014

BEZA DIET PROTEIN & ATKINS DIET

Susunan EIZAN ARIFFIN APA BEZA PROTEIN SPARING DIET DGN ATKINS DIET?? cuba baca ini… Ramai orang mengatakan diet dgn ALSDII adalah sama seperti diet Atkins kerana rendah karbo dan tinggi protein dan lantas membuatkan mereka hendak berdiet secara sendiri. Tidak dinafikan ramai yang berjaya menurunkan berat tetapi ada kemungkinan untuk naik secara mendadak kembali kerana : * Berdiet sendiri tanpa mengambil apa-apa supplement memang boleh kurus. Tapi tahukah anda? Diet ini akan mengakibatkan BADAN MENJADI LEMAH sebab makanan & vitamin yang diperlukan tidak mencukupi. Kita mungkin tidak mengetahui sama ada lemak @ air yang hilang. Kemungkinan jisim otot-otot juga boleh rosak. Apabila memulakan semula pengambilan nasi (karbo), berat badan akan naik berganda. * Dengan ALSDII, walaupun tanpa pengambilan karbo (cth : Nasi), jisim otot akan dibina sambil mencantikkan kulit. Jadi kalau otot dah terbina, peratus untuk gemuk semula adalah rendah kerana lemak telah dibuan

10 TIP TINGKATKAN METABOLISME

Susunan EIZAN ARIFFIN Berat badan? Aduh, inilah isu sensitif bagi kebanyakan wanita termasuklah saya! Memang takut  gemuk tapi tak ada usaha untuk kurus. Kalau ada usaha pun mungkin ia tidak konsisten dan terbantut di tengah jalan sebab merasakan proses nak bakar lemak tu sangat perlahan macam siput! hehe...  Sebenarnya banyak sebab yang menjadi punca diet kita selalu gagal. Antara punca utama ialah 'berdiet tidak kena caranya'! Ramai yang salah faham mengatakan diet itu maknanya 'tidak makan', 'kurang makan', 'ikat perut' dan macam-macam lagi istilah. Jom kita kongsi 10 tip di bawah bagaimana mahu percepatkan  proses penurunan berat badan . Harap ia dapat membantu anda :- 1. Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala

SIAKAP 3 RASA

Pena EIZAN ARIFFIN Assalamualaikum & salam sejahtera semua! Seronok la masing-masing cuti panjang minggu ni sebab Gong Xi Fa Cai. Ramai yang ambil kesempatan ni untuk balik kampung dan cuti-cuti. Dan ramai jua yang up date kat status fb dan whatsapp grup kata kebanyakan jalan sesak. Itu yang rata-rata kita malas nak tempuh.  Saya dan suami pula tak bercuti panjang...cuma saya ambil ekstra cuti hari Isnin depan. Anak-anak pula cuti sampai Selasa...seronok la dorang boleh main kat rumah. Mula-mula hari tu berangan juga nak pergi cuti-cuti tapi bila fikir-fikir balik, malasnya nak tempuh kesesakan. Lagipun bila last minute check hotel kat agoda, rata-rata dah penuh dan rate dia..ermm...peak season la katakan. Almaklumlah...So kita cuti-cuti kat rumah saja la ye anak-anak. In Shaa Allah esok en suami kata nak bawa dorang lencun kat Wet World Shah Alam...so harap-harap plan menjadi la ye. Kalau tak mesti bosan juga berkurung kat rumah kan... Tadi keluar, banyak kedai yang tu

DOA LINDUNGI ANAK-ANAK

Pena EIZAN ARIFFIN                Assalamualaikum & Salam sejahtera semua… MasyaAllah…Allahuakbar! Hanya Dia Yang Maha Mengetahui di sebalik semua perkara yang terjadi. Sebagai manusia biasa, seorang ibu, seorang wanita, saya merasa tersangat sedih, geram tentang kekejaman yang dilakukan kepada kanak-kanak, malah sangat menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Sejak semalam, kita dikejutkan lagi dengan dua kes yang melibatkan kanak-kanak. Seorang berusia 10 tahun, perempuan yang dirogol, diliwat dan ditoreh kemaluannya sehingga terpaksa menerima 18 jahitan! Budak perempuan tu katanya dalam perjalanan ke sekolah agama menaiki basikal dan jarak rumahnya dengan lokasi kejadian juga tidaklah jauh mana. Memang lelaki tu sangat jahat dan kalau ikut hukum hudud, lelaki tu patut direjam hingga mati! Dan seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang mati dikelar oleh ayahnya sendiri! Dan dua orang lagi anak perempuannya berusia 10 dan 12 cedera di ten

BAHAYA PADA ANAK ADA DI MANA-MANA

Image
Pena EIZAN ARIFFIN Foto Gerobok S3 “Mama, Kimi kena langgar dengan kereta”,   jelas suara adik Kimi ketika mengadu pada saya melalui phone ketika saya dalam perjalanan balik dari Kelana Jaya selepas habis presentation planning for 2014 malam tadi. Ya Allah, betulkah apa yang saya dengar ni?   Saya mengaku saya ni jenis yang cepat panik jika ada apa-apa perkara berlaku pada anak-anak. Lebih-lebih lagi kalau luka itu berdarah. Silap-silap haribulan saya boleh mabuk darah walaupun darah itu sikit sahaja. Dan saya tak dapat bayangkan situasi itu dialami oleh anak bongsu saya yang sangat manja itu. Nasib baik bukan saya yang drive, sebaliknya sahabat saya Hot Mama Rin yang drive. Kalau idak mesti saya sudah tidak keruan. “Ha, kena langgar? Siapa langgar adik? Luka tak? Sakit tak? Berdarah tak?, “ soal saya bertalu-talu kepada adik Kimi yang berusia 3 tahun setengah ni. Saya pun tak pasti bagaimana dia nak jawab soalan-soalan saya itu. Macam-macam persoalaj ti

CABARAN KERJAYA MAKIN HEBAT

Image
Pena EIZAN ARIFFIN Foto Gerobok S3 Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Kepala dirasakan ‘berasap-asap’! Bukan saya seorang tetapi kebanyakan rakan editor merasakannya kerana kami semua dikehendaki membuat perancangan untuk tahun 2014 ini. Biasanya, pada tahun-tahun sebelum ini, perancangan selesai dibentangkan pada bulan November. Namun kali ini agak lambat kerana ada beberapa dasar yang perlu diselaraskan oleh pihak pengurusan. Perancangan kali ini sangat mencabar saya rasakan kerana ia bukan sekadar merancang untuk pengisian majalah semata-mata malah ia lebih daripada itu. Kali ini lebih banyak figure yang perlu dimasukkan. Takutnya melihat figure ini! Lebih-lebih lagi tahun ini saya diberi tanggungjawab baru selaku Business Head Pa&Ma! Sejak dulu hingga sekarang, saya bekerja bukan untuk mengejar pangkat.   Apa jua yang saya lakukan dalam kerjaya adalah di atas minat dan kemahuan diri.   Pada saya dalam kerjaya mesti ada kemajuan…bukan di mata or

JOM MASAK SAMBAL HASIL BUAT PES...

Image
Pena EIZAN ARIFFIN Foto Gerobok S3 Assalamualaikum semua! Hopefully, masa ni semua kaum ibu sudahpun ada kat rumah. So, apa menu malam ni? Apa? Beli jer? Ye...masak? Bagus sangat untuk yang ada effort nak memasak tu. Yang beli jer pun saya faham sangat sebab saya pun seperti anda juga. Ada masa saya beli, ada masa saya masak. Cuma untuk tahun 2014 ni saya berazam untuk lebih rajin memasak. Sebab tu, saya berusaha untuk buat pes seperti yang pernah saya kongsikan dalam entri sebelum ini. So, kali ni saya nak share resipi Sambal Sotong Kering Pangkor...hehehe...nama kat hujung tu saya tambah sendiri sebab sotong kering ni saya beli masa kami sekeluarga pergi ke Pulau Pangkor cuti sekolah yang lepas. So, ada juga la kenang-kenangan...ermm..bila dah masuk perut dah tinggal sejarah jer la.. Okay. Hari tu saya buat pes kari ikan dan kari daging. Memang tak dinafikan, kerja memasak menjadi mudah. Tapi takkanlah hari-hari nak makan kari kan? Nanti bertukar wajah la pulak! So

'ROBOT' LIPAT KAIN...

Image
Pena EIZAN ARIFFIN Foto Gerobok S3 Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada anda yang sudi baca entri saya sebelum ini. Dan kali ini saya ingin berkongsi tip mengurus kerja rumah iaitu aktiviti melipat kain guna 'robot'! Apa yang terlintas di fikiran anda saat melihat kain yang bertimbun dan berbakul-bakul? Rasa nak demam? Ke yang demam boleh kebah? Hahaha...ermm...saya dah biasa lihat panorama ni dan hanya mampu menarik nafas dalam-dalam dan cooooolllll! Maklumlah keluarga kami ni besar. Jadi, kain baju memang banyak la. Saya tidak nafikan perihal menguruskan kain baju ni antara perkara yang sangat mencabar untuk saya. Boleh demam dibuatnya! Ia mencabar dari segi tuntutan masa, kesabaran dan kecekalan menguruskannya dari A-Z...mengumpul 'baju busuk', membasuh, menyidai (sekali-sekala sebab kami guna dryer), melipat dan menyusun dalam rak baju. Haaa....step yang akhir ni pun satu lagi yang mencabar. Kadang-kadang ambil masa seminggu untuk bawa kain y