Posts

Showing posts from November, 2016

Pahit Manis Di Sebalik Ulang Tahun Pertama Zahra

Image
Pena MAMA EIZAN
Subhanallah..Alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah anugerahkan buat saya dan suami. Kehadiran Nur Adlene Zahra, permata hati kami yang ke 6 bukan sekadar menambah bilangan anak secara fizikal, malah lebih daripada itu. Alhamdulillah…impian nak berkeluarga besar tercapai. Target 5 dapat 6…ekstra!
Syukur Ya Allah..hari ni 30 November 2016, genap usia Zahra 1 tahun. Kakak dan abang jealous sebab Zahra sambut first birthday di Korea. Untung Zahra kecil lagi sudah dapat ‘terbang’ jauh. Kalau ada di Malaysia, sudah pasti saya akan tempah kek comel untuk dia dan uruskan satu majlis kecil untuknya.
Tapi, sayangnya tidak ada kek comel untuknya hari ini.  Sebaliknya ‘hadiah’ paling berharga adalah kami dapat berkumpul bersama dengan abah nya.Jauh di sudut hati, saya sebak meraikan hari ini. Saya tidak menyangka akan melahirkan dia pada usia 40 tahun. Pada ketika saya sudah selesa dan tidak lagi perlu bangun malam tukarkan lampin, buatkan susu dan sebagainya. Nak berja…

Bila Mak Anak 6 ke Negara Winter Sonata

Image
Pena & Gambar  EIZAN ARIFFIN


Alhamdulillah, Subhanallah....Itulah kata-kata yang mampu saya ucapkan saat ini. Banyak perkara baru yang berlaku dalam hidup saya sejak akhir tahun lalu hingga kini..yang tak pernah saya terbayang...apatah lagi merancang! Segala-galanya adalah aturan Allah dan saya yakin setiap satunya punya hikmah tersendiri.

Dah lama sangat tak updat blog ni,,,dah 'bersawang' teruk nampaknya, In Shaa Allah lepas ni dari masa ke masa saya akan share something dengan semua, Kekangan masa memang tak dapat nak dielakkan tetapi selagi masa itu tidak dicari, ia tak akan muncul. Walaupun sudah resign sejak 3 bulan lepas, saya masih dalam fasa menyesuaikan diri, mengatur masa dan saya akui agak lintang pukang sebenarnya...hahaa..so saya salute kepada semua suri rumah. Siapa yang selalu cakap kerja suri rumah senang...sila jadi suri rumah dan anda akan rasa macam mana. Ok,.,.bab tu saya akan share kemudian. Kali ni nak share pasal mak anak 6 ke negera Winter Sonata.