Posts

Showing posts from December, 2013

Bila Anak Bujang Makin Besar...

Image
Pena EIZAN ARIFFIN Foto Gerobok S3 & 123rf

Bismillahirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Berkobar-kobar nak tulis entri yang kedua ini...hahaha..orang lain dah beratus entri..tak heran pun. Ni baru dua dah nak kecoh. Bagi saya ok la tu - in progress namanya. Itu lebih baik daripada tak ada langsung kan! Kata orang berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit.
Baiklah..untuk entri kali ini saya nak bercerita tentang perihal anak-anak yang makin membesar. Bagi anda yang belum kenal saya...saya ni mama kepada lima orang anak...ermmm..ramai kan? Pada zaman sekarang ni, lima ni dianggap sangat ramai. Kalau dulu-dulu 10 beradik tu standard la kan. Tapi semua tu rezeki yang Allah bagi pada saya dan suami dan tidak ada satu alasan pun walaupun sebesar zarah untuk saya merungut anugerah Allah itu. Mereka adalah harta yang saya ada. Pada mereka juga saya sandarkan harapan agar dapat menjaga saya dan suami ketika kami tua kelak. Lebih daripada itu, mereka lah ya…

Tak mula tak ada hujungnya...

Bismillahirrahmanirrahim...Ya Allah ini kali ketiga saya cuba 'membina rumah' ini. 'Rumah' pertama dan kedua saya dah usang, tak pernah dijenguk! Confirm dah bersawang, silap haribulan dah tak jumpa rumah sendiri...hehhe. Itulah yang dinamakan hangat-hangat tahi ayam. 'Rumah' yang saya bina kali ini harap-harapnya akan  terus teguh. Harap-harap 'rumah' baru saya ini dapat menghimpunkan lebih ramai kenalan baru, dapat menjadi medan bertukar ilmu. In Shaa Allah.

Di rumah ini, saya teruja untuk bercerita macam-macam perkara yang bersarang di minda sejak sekian lamanya. Dan saya pilih biarlah cerita ini disampaikan dalam suasana yang santai, bersahaja namun ada ilmu di penghujungnya. Sebab itu entri pertama ini saya namakan...Tak Mula Tak Ada Hujungnya...

Dalam hidup saya sentiasa yakin dan percaya dengan kata-kata 'permulaan yang sedikit tidak mustahil akan membuahkan hasil yang besar. Ia juga lebih baik daripada kita langsung tidak berbuat apa-apa seb…