Posts

Showing posts with the label Catatan Harian

Pahit Manis Di Sebalik Ulang Tahun Pertama Zahra

Image
Pena MAMA EIZAN Subhanallah..Alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah anugerahkan buat saya dan suami. Kehadiran Nur Adlene Zahra, permata hati kami yang ke 6 bukan sekadar menambah bilangan anak secara fizikal, malah lebih daripada itu. Alhamdulillah…impian nak berkeluarga besar tercapai. Target 5 dapat 6…ekstra! Syukur Ya Allah..hari ni 30 November 2016, genap usia Zahra 1 tahun. Kakak dan abang jealous sebab Zahra sambut first birthday di Korea. Untung Zahra kecil lagi sudah dapat ‘terbang’ jauh. Kalau ada di Malaysia, sudah pasti saya akan tempah kek comel untuk dia dan uruskan satu majlis kecil untuknya. Tapi, sayangnya tidak ada kek comel untuknya hari ini.  Sebaliknya ‘hadiah’ paling berharga adalah kami dapat berkumpul bersama dengan abah nya.Jauh di sudut hati, saya sebak meraikan hari ini. Saya tidak menyangka akan melahirkan dia pada usia 40 tahun. Pada ketika saya sudah selesa dan tidak lagi perlu bangun malam tukarkan lampin, buatkan susu dan sebagainy...

PROJEK BEG SEKOLAH

Image
Pena EIZAN ARIFFIN Foto Gerobok S3 H: Projek Beg Sekolah (SIARAN TERTUNDA) Bismillahirrhmanirrahim…Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Jumaat, 27 Disember 2013 yang lalu saya habiskan cuti tahunan   yang berbaki sehari tu. Polisi syarikat cuti   tahunan tak boleh carry forward. Dan saya hampir saban tahun cuti tahunan saya memang sangat jarang di bawa ke tahun depan. Semua langsai! Bukan sebab saya banyak pi bercuti makan angin, tapi kebanyakan cuti saya diperuntukkan untuk perihal anak-anak. Anak deman-saya kena cuti paling kurang separuh hari untuk bawa dorang ke klinik. Atau penting untuk saya pantau suhu badan mereka. Pastu kalau anak ada aktiviti di sekolah macam sukan sekolah, hari penyampaian hadiah, hari report card dan lain-lain saya sebolehnya cuba cuti. Tak sampai hati nak tolak permintaan anak. Malah ada yang sudah diberitahu berminggu awal…jadi mcm mana nak tolak? Kerja memang banyak tapi untuk anak-anak, bagi saya ia lebi...

Bila Anak Bujang Makin Besar...

Image
Pena EIZAN ARIFFIN Foto Gerobok S3 & 123rf Bismillahirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkobar-kobar nak tulis entri yang kedua ini...hahaha..orang lain dah beratus entri..tak heran pun. Ni baru dua dah nak kecoh. Bagi saya ok la tu - in progress namanya. Itu lebih baik daripada tak ada langsung kan! Kata orang berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit. Baiklah..untuk entri kali ini saya nak bercerita tentang perihal anak-anak yang makin membesar. Bagi anda yang belum kenal saya...saya ni mama kepada lima orang anak...ermmm..ramai kan? Pada zaman sekarang ni, lima ni dianggap sangat ramai. Kalau dulu-dulu 10 beradik tu standard la kan. Tapi semua tu rezeki yang Allah bagi pada saya dan suami dan tidak ada satu alasan pun walaupun sebesar zarah untuk saya merungut anugerah Allah itu. Mereka adalah harta yang saya ada. Pada mereka juga saya sandarkan harapan agar dapat menjaga saya dan suami ketika kami tua kelak. Lebih daripad...