Posts

Showing posts from 2016

BETUL KE ORANG KOREA SELATAN JUJUR?

Image
PENA : EIZAN ARIFFIN Saya selalu dengar ramai orang yang bercerita bahawa sifat orang Korea Selatan sangat jujur dan berdisiplin tinggi. Pendek kata, mereka tidak ‘hadap’ barang yang bukan kepunyaan mereka dan diajar untuk sentiasa bercakap benar. Benarkah kenyataan ini? Jadi, saya ingin kongsikan satu pengalaman sebenar yang saya alami pada hari pertama menjejakkan kaki ke bumi Korea Selatan ini.  Sudah lebih seminggu, baru saya sempat untuk kongsikannya di ruang blog. Sibuk sangat ke? Ahh…lupakan bab tidak sempat itu… Kami tiba di lapangan terbang Incheon pada hari Khamis 24 November 2016. Mulanya suami ingin membeli tiket bas untuk balik ke tempat tinggalnya yang terletak di Cheonho, Gangdong-gu Seoul. Bagaimanapun, tiba-tiba ada seorang lelaki warga Korea berusia dalam 50-an menghampiri kami dan menawarkan perkhidmatan teksinya sambil bercakap dalam Bahasa Korea selain ada sepatah dua Bahasa Inggeris menyebut 90,000 won sambil menunjukkan jarinya. Suami saya kata

Pahit Manis Di Sebalik Ulang Tahun Pertama Zahra

Image
Pena MAMA EIZAN Subhanallah..Alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah anugerahkan buat saya dan suami. Kehadiran Nur Adlene Zahra, permata hati kami yang ke 6 bukan sekadar menambah bilangan anak secara fizikal, malah lebih daripada itu. Alhamdulillah…impian nak berkeluarga besar tercapai. Target 5 dapat 6…ekstra! Syukur Ya Allah..hari ni 30 November 2016, genap usia Zahra 1 tahun. Kakak dan abang jealous sebab Zahra sambut first birthday di Korea. Untung Zahra kecil lagi sudah dapat ‘terbang’ jauh. Kalau ada di Malaysia, sudah pasti saya akan tempah kek comel untuk dia dan uruskan satu majlis kecil untuknya. Tapi, sayangnya tidak ada kek comel untuknya hari ini.  Sebaliknya ‘hadiah’ paling berharga adalah kami dapat berkumpul bersama dengan abah nya.Jauh di sudut hati, saya sebak meraikan hari ini. Saya tidak menyangka akan melahirkan dia pada usia 40 tahun. Pada ketika saya sudah selesa dan tidak lagi perlu bangun malam tukarkan lampin, buatkan susu dan sebagainya. N

Bila Mak Anak 6 ke Negara Winter Sonata

Image
Pena & Gambar  EIZAN ARIFFIN Alhamdulillah, Subhanallah....Itulah kata-kata yang mampu saya ucapkan saat ini. Banyak perkara baru yang berlaku dalam hidup saya sejak akhir tahun lalu hingga kini..yang tak pernah saya terbayang...apatah lagi merancang! Segala-galanya adalah aturan Allah dan saya yakin setiap satunya punya hikmah tersendiri. Dah lama sangat tak updat blog ni,,,dah 'bersawang' teruk nampaknya, In Shaa Allah lepas ni dari masa ke masa saya akan share something dengan semua, Kekangan masa memang tak dapat nak dielakkan tetapi selagi masa itu tidak dicari, ia tak akan muncul. Walaupun sudah resign sejak 3 bulan lepas, saya masih dalam fasa menyesuaikan diri, mengatur masa dan saya akui agak lintang pukang sebenarnya...hahaa..so saya salute kepada semua suri rumah. Siapa yang selalu cakap kerja suri rumah senang...sila jadi suri rumah dan anda akan rasa macam mana. Ok,.,.bab tu saya akan share kemudian. Kali ni nak share pasal mak anak 6 ke negera Winter Sona