Tuesday, 6 December 2016

BETUL KE ORANG KOREA SELATAN JUJUR?


PENA : EIZAN ARIFFIN


Saya selalu dengar ramai orang yang bercerita bahawa sifat orang Korea Selatan sangat jujur dan berdisiplin tinggi. Pendek kata, mereka tidak ‘hadap’ barang yang bukan kepunyaan mereka dan diajar untuk sentiasa bercakap benar. Benarkah kenyataan ini?

Jadi, saya ingin kongsikan satu pengalaman sebenar yang saya alami pada hari pertama menjejakkan kaki ke bumi Korea Selatan ini.  Sudah lebih seminggu, baru saya sempat untuk kongsikannya di ruang blog. Sibuk sangat ke? Ahh…lupakan bab tidak sempat itu…

Kami tiba di lapangan terbang Incheon pada hari Khamis 24 November 2016. Mulanya suami ingin membeli tiket bas untuk balik ke tempat tinggalnya yang terletak di Cheonho, Gangdong-gu Seoul. Bagaimanapun, tiba-tiba ada seorang lelaki warga Korea berusia dalam 50-an menghampiri kami dan menawarkan perkhidmatan teksinya sambil bercakap dalam Bahasa Korea selain ada sepatah dua Bahasa Inggeris menyebut 90,000 won sambil menunjukkan jarinya.

Suami saya kata itu ‘teksi sapu’ tetapi harga yang ditawarkan tidak jauh beza dengan tiket bas. Jadi, kami bersetuju malah rasa ia berbaloi memandangkan banyak beg yang dibawa selain anak-anak yang masih kecil. Cuba bayangkan kalau kami menaiki bas, mesti huru-hara kan? Hahaha…

Perjalanan ke Cheonho mengambil masa lebih sejam. Sepanjang perjalanan, kami dapat lihat pemandangan musim luruh yang cantik. Daun-daun yang berwarna hijau telah bertukar coklat dan kemerah-merahan malah telah mula gugur menampakkan ranting-ranting yang juga indah. Biasalah, sesi merakamkan gambar bermula kerana masing-masing teruja!

Pemandu teksi yang dikenali sebagai Mr.Kim sesekali berbual dalam Bahasa Korea sambil diselangi beberapa perkataan Bahasa Inggeris yang mudah. Suami pula layan sahaja sebagai tanda hormat kami.

TERTINGGAL PHONE DALAM TEKSI

Hendak dijadikan cerita, saya tertinggal telefon bimbit dalam teksi Mr Kim! Ya Allah…saya hanya menyedarinya selepas 10 minit sampai ke apartment. Masa itu jugalah mood saya terus berubah. Mestilah tidak happy kan? Baru jer sampai tapi phone dah hilang! Mau menangis rasanya, lebih-lebih lagi phone itu suami yang hadiahkan sempena Annivesary kami yang lalu. Baru 6 bulan guna!

Apalagi, en.suami pun membebel la sekejap. Dia cuba beberapa kali hubungi Mr Kim (nasib baik dia beri kad) untuk bertanya tetapi kami ada masalah dari segi Bahasa. Macam ayam bercakap dengan itik. Kali pertama call, Mr Kim cakap ‘No phone’ maksudnya tidak ada phone tersebut dalam teksinya. Tetapi saya benar-benar yakin, saya letak dalam poket belakang seat pemandu.

Kali kedua atau ketiga call saya sendiri pun tidak ingat,  Mr Kim cakap ada. Aduh, susah betul mahu explain untuk minta dia hantar ke apartment sebab mereka tidak faham English. Dan komunikasi itu terputus begitu sahaja...dan saya hanya mampu berdoa phone itu dikembalikan.

Pada sebelah petang, suami menerima SMS dan panggilan (kebetulan suami saya ada talian Korea) daripada anak Mr Kim yang boleh bercakap English. Dan dia berjanji untuk hantar pada sebelah malamnya atau esok pagi dengan sedikit bayaran untuk cover cost perjalanan dia. Ok deal!

Malangnya, anak Mr Kim tidak muncul seperti yang dijanjikan. Esoknya hari Jumaat, suami telah meminta bantuan rakan sekerjanya (orang tempatan) untuk hubungi Mr Kim sekali lagi. Mungkin cara ini lebih berkesan. Dan hasilnya, anak Mr Kim berjanji untuk courier ke rumah kerana dia tidak sempat ke Cheonho kerana mereka tinggal jauh dari sini.

Wah…rupanya hebat juga penantian untuk dapatkan balik smartphone ni. Emosi terganggu mengalahkan orang hilang boyfriend! Hahaha...sudahnya saya hanya ‘menumpang’ phone anak-anak dan suami untuk ambil gambar ketika kami turun ke Itaewon pada hari Sabtu dan hari Ahad ke Childrens Park. 

Pada hari Isnin malam, suami dapat panggilan daripada courier man tapi satu masalah lagi timbul apabila dia langsung tidak memahami Bahasa Inggeris. “No English, No English’ …tu jer dia sebut. Sudahnya, apabila turun ke bawah, courier man itu sudah tidak berada di situ. Mungkin sudah cabut!
Aduh, gagal lagi. Tidak mengapa dan cuba pula cara lain. Sekali lagi kawan suami cuba call kembali syarikat courier tersebut untuk pos kembali dan minta tinggalkan parcel tersebut pada guard. 

Alhamdulillah…akhirnya phone itu sampai ke tangan saya dan betapa excited nya saya membuka parcel comel berwarna turqoise itu. Syukur sangat kerana masih ada rezeki untuk saya dengan izin Allah Yang Maha Kaya. Maka mood bercuti saya kembali berbunga-bunga. Baru boleh snap gambar banyak. Riuh satu rumah!


Yeayyyy...akhirnya saya terima parcel yang dinanti-nanti - dibungkus kemas dalam kotak dan dibalut dengan kertas berwarna turqoise
Kesimpulannya,  masyarakat di sini memang jujur. Mengikut kata kawan suami saya itu, 99% barang yang hilang biasanya akan dapat semula dan 1 % lagi itu memang tidak bernasib baik. Ermmm...kalau ia berlaku di tempat sendiri, belum tentu akan dapat kembali. Kalau semua orang di dunia macam ini, aman damai lah jadinya. Sepanjang tiga hari itu, saya yakin akan ada rezeki untuk saya. Saya juga teringatkan satu video eksperimental di you tube yang dirakam bertujuan untuk meninjau sejauh mana masyarakat Korea ini jujur.

Eksperimen ini diadakan di subway dan sebanyak 100 beg kertas berisi bunga, haruman dan gps (untuk kenal pasti ke mana beg tersebut dibawa) telah disediakan dan diletakkan dalam subway. Hasilnya begitu mengejutkan apabila 81 beg dikumpul dan diletakkan di bahagian lost & found. Apa yang boleh kita pelajari daripada sifat itu? Fikir-fikirkan ya.  

In shaa Allah, andai ada masa saya akan share karakter masyarakat di sini. Stay tune anda thanks for reading ya! Saya sertakan beberapa gambar ya...

Ini gambar first saya ambil masa dalam teksi Mr Kim..hehe

Ni kat Nami Island 3 Disember 2016 (Sabtu)

Ini kat kawasan sekitar tempat tinggal kami di Cheonho Gangdong-gu

Harta akhirat saya - posing kat Myeondong

Masam saja dia sebab kena bangun awal nak pergi jalan-jalan 

Makan bekal dalam kereta - jimat belanja

Ini kat Rail Park - destinasi paling sejuk setakat ini yang kami jejak - suhu -5 darjah selsius






Tuesday, 29 November 2016

Pahit Manis Di Sebalik Ulang Tahun Pertama Zahra

Pena MAMA EIZAN

Subhanallah..Alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah anugerahkan buat saya dan suami. Kehadiran Nur Adlene Zahra, permata hati kami yang ke 6 bukan sekadar menambah bilangan anak secara fizikal, malah lebih daripada itu. Alhamdulillah…impian nak berkeluarga besar tercapai. Target 5 dapat 6…ekstra!

Syukur Ya Allah..hari ni 30 November 2016, genap usia Zahra 1 tahun. Kakak dan abang jealous sebab Zahra sambut first birthday di Korea. Untung Zahra kecil lagi sudah dapat ‘terbang’ jauh. Kalau ada di Malaysia, sudah pasti saya akan tempah kek comel untuk dia dan uruskan satu majlis kecil untuknya.

Tapi, sayangnya tidak ada kek comel untuknya hari ini.  Sebaliknya ‘hadiah’ paling berharga adalah kami dapat berkumpul bersama dengan abah nya.Jauh di sudut hati, saya sebak meraikan hari ini. Saya tidak menyangka akan melahirkan dia pada usia 40 tahun. Pada ketika saya sudah selesa dan tidak lagi perlu bangun malam tukarkan lampin, buatkan susu dan sebagainya. Nak berjalan ke mana-mana pun mudah memandangkan abang Zahra, Alif Hakimi sudah pun 6 tahun.

Namun, aturan Allah untuk kami menepis segala perancangan. Kami terbuka menerima rezeki lagi kali ini. Kami yakin, setiap anak itu ada rezekinya yang datangnya dalam pelbagai bentuk, bukan wang dan harta benda semata-mata.

Kenapa saya sebak? Satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata...
Melalui fasa kehamilan pada usia 40 tahun pastinya tidak sama seperti mengandungkan anak-anak yang terdahulu. Sepanjang hamil, saya tidak mengalami sebarang alahan atau masalah kesihatan yang kronik. Cuma sehari sebelum melahirkan Zahra, Allah uji…saya mengalami masalah saraf Bell Palsy. 

SARAF vs KONTRAKSI

Masih blur pada awalnya tentang simptom yang dialami,  pagi Subuh 30 November 2015, saya alami tanda bersalin (turun darah). Walaupun ini kami yang ke-6 tapi perasaan takut tu sama sahaja. Sudah terbayang sakit untuk bersalin. Aduh! Pada masa yang sama, saya sangat bimbang melihat muka sebelah kanan saya yang makin senget, seperti orang kena strok! Ya Allah…dua sakit dalam satu masa.

Apapun, Alhamdulillah, saya selamat melahirkan Zahra 3.24kg jam 10.00 pagi secara normal tapi dibantu dengan kaedah vakum. Dan untuk merawat Bell Palsy, saya perlu makan ubat, menjalani fisioterapi selain akupuntur sebagai usaha alternatif. Saya perlu positif berdepan dengan perkara ini dan saya mahu sembuh secepat mungkin sebelum kembali bekerja. 
Ya Allah…ujian datang lagi apabila suami pula diarahkan bertugas di Korea ketika saya masih dalam pantang dua minggu. Namun atas ehsan syarikat dia bertolak selepas saya habis berpantang. Sungguh, saya stress tapi saya perlu kuat.






ZAHRA & EN.ABAH

Dalam usaha cekalkan hati, entah berapa banyak air mata yang tumpah…Allah yang mengetahui. Kasihan Zahra, dia masih merah tetapi sudah berjauhan dengan si abah. Begitu juga bagaimana saratnya rindu anak-anak lain terhadap abah mereka. Mujurlah ada teknologi sekarang ini yang membolehkan dia dengar suara dan lihat wajah abahnya dari skrin smartphone. Kalau tidak memang  Tiga bulan sekali abahnya balik menjenguk kami.




Zahra oh Zahra…baby yang satu ini memang lain benar ragamnya. Asyik menangis bila diletak dan hal ini sedikit sebanyak menganggu kerja-kerja pengasuh. Maklumlah dia turut mengasuh beberapa budak lain. Jadi memang tidak boleh fokus kepada Zahra seorang.

Tangisan Zahra saban hari bagaikan merentap jantung, menghiris hati saya. Wajahnya murung, badannya kian susut dan selera makannya juga kurang. Hari-harinya lebih banyak menangis berbanding tawa. Saya benar-benar tersepit kali ini antara anak dan kerjaya. Naluri keibuan saya tidak mampu mengharungi situasi ini. Pernah juga bawa ustaz datang ke rumah tapi dia masih begitu. Maksudnya bukan diganggu tapi style dia begitu.

 Puas berfikir dan membuat pertimbangan…akhirnya saya nekad tinggalkan kerjaya yang saya sayang dan cintai. Memang berat keputusan ini tetapi saya redha andai ini sudah tertulis dalam diari kehidupan saya. Duit boleh dicari namun anak tiada pengganti. Saya percaya Zahra lah orang yang paling bahagia dengan keputusan mama nya ini.

 Sedar tak sedar, Zahra sudah pun setahun ha
ri ini. Dah boleh berjalan pun! Selamat Hari Lahir sayang mama. Semoga kamu membesar sebagai anak yang sihat, taat kepada Allah dan ibu bapa. Walaupun abah jauh, tetapi kasih sayang dan rindu dia pada kamu tidak pernah luak.





Hari ini, saya sangat bersyukur kami dapat berhimpun satu keluarga meraikan si kecil Zahra yang bagaikan puteri, ditatang kakak dan abang. Semoga anak-anak mama bersatu dalam apa jua keadaan. Terima kasih banyak membantu mama dan berdikari dalam banyak perkara. Kerana mereka, saya redah semua kepayahan.








Bukan pujian yang saya harapkan cuma satu perkongsian ikhlas buat anda yang mungkin menghadapi situasi yang sama seprti saya atau lebih daripada itu. Ada kala cabaran yang datang buat kita lelah dan bimbang fikirkannya. Usah mengalah, teruskan melangkah.

Salam sayang
Mama Eizan
Cheonho, Gangdong-gu Seoul Korea.



Saturday, 26 November 2016

Bila Mak Anak 6 ke Negara Winter Sonata

Pena & Gambar  EIZAN ARIFFIN


Alhamdulillah, Subhanallah....Itulah kata-kata yang mampu saya ucapkan saat ini. Banyak perkara baru yang berlaku dalam hidup saya sejak akhir tahun lalu hingga kini..yang tak pernah saya terbayang...apatah lagi merancang! Segala-galanya adalah aturan Allah dan saya yakin setiap satunya punya hikmah tersendiri.

Dah lama sangat tak updat blog ni,,,dah 'bersawang' teruk nampaknya, In Shaa Allah lepas ni dari masa ke masa saya akan share something dengan semua, Kekangan masa memang tak dapat nak dielakkan tetapi selagi masa itu tidak dicari, ia tak akan muncul. Walaupun sudah resign sejak 3 bulan lepas, saya masih dalam fasa menyesuaikan diri, mengatur masa dan saya akui agak lintang pukang sebenarnya...hahaa..so saya salute kepada semua suri rumah. Siapa yang selalu cakap kerja suri rumah senang...sila jadi suri rumah dan anda akan rasa macam mana. Ok,.,.bab tu saya akan share kemudian. Kali ni nak share pasal mak anak 6 ke negera Winter Sonata.

Alhamdulillah. Peluang menjejakkan kaki ke Republik Korea Selatan buat pertama kali ini adalah satu rezeki yang Allah aturkan untuk kami anak beranak. Memang saya tak pernah terbayang nak datang sini satu family. Maklumlah, kami ni ramai. Jenuh menabung sementara nak sampai. Tapi, rezeki itu rahsia Allah. Dia  bagi juga peluang dengan cara menguji saya dan anak-anak dengan ‘menghantar’ suami saya bekerja sementara di sana bermula Februari lepas hingga April atau Mei tahun depan.

Malah, berita itu saya terima selepas beberapa hari melahirkan Zahra November tahun lalu. Kalau nak diikutkan dia kena transfer kalau tak silap hari ke-15 saya berpantang. Namun atas belas ihsan syarikat, ia ditunda hingga saya habis berpantang dan masuk kerja. Memang mencabar sepanjang tempoh ini. Nanti saya share dalam entry yang lain.

Ok..back to cerita ke negara Winter Sonata @ Korea ni, memandangkan suami kerja di sini dan ada sedikit elaun tambahan, maka dapatlah kami join sekejap cuti-cuti di sini dan akan kembali ke rumah pada 30 Disember nanti sebelum buka sekolah. Semua kelengkapan sekolah telah saya sediakan lebih awal kecuali stationery dan buku-buku sahaja yang belum. Ini semua rezeki anak-anak yang Allah bagi. Syukur Ya Allah.

Dari rumah, kami bertolak jam 9.30 malam pada 23 November lalu dan flight jam 1 pagi 24 November. Anak saudara yang hantar kami ke airport dan kepada dia juga kami amanahkan untuk menjenguk ke rumah setiap minggu dan tolong hidupkan enjin kereta.






Sentuh bab packing…Ya Allah..penatnya lahaiiii. Sambil tu kena pastikan setiap bagasi tidak lebih 20kg seperti yang Air Asia tetapkan. Tak ingat berapa kali asyik adjust barang dalam beg, kejap masuk kejap keluarkan, lepas tu timbang. Sakit juga pinggang dibuatnya. Akhirnya, siap juga 5 bagasi, 3 berisi pakaian dan 2 lagi berisi makanan untuk stok sebulan kami di negara yang terkenal dengan siri drama Winter Sonata ni. Untuk prepare, checklist bertulis tak da…semuanya dalam kepala sahaja…Hahaha…sila jangan ikut cara saya.

Bukan mudah untuk packing keperluan kami tujuh beranak. En.suami terkecuali sebab dia balik ke rumah sehelai sepinggang untuk ambil kami. Dalam bagasinya cuma ada tujuh helai baju winter yang dia beli di Seoul. Baju bundle tapi masih cantik dan yang penting harganya murah! Cuba bayangkan kalau kami beli yang baru…agak-agak berapa ribu hanya untuk baju winter? Jadi, lebih baik bajet tu kami guna untuk beli keperluan lain. In shaa Allah dalam next entry saya akan share tips persediaan pakaian bercuti musim sejuk.

Sepanjang enam jam perjalanan, nasib baik anak-anak tak buat hal. Puas pesan itu dan ini. Sesekali tu dengar juga suara gaduh-gaduh tapi rasa excited mereka tu dapat cover rasa nak bertelagah. Maklumlah, ini kali pertama naik aeroplane bak kata Amzar.  Baby Zahra pun tak meragam dan Alhamdulillah, kami selamat landing di Incheon Airport lebih kurang 9.00 pagi waktu Korea. Beza sejam jer berbanding waktu Malaysia. 

Cuaca di sini dah hampir ke musim sejuk. Suhu -2 darjah Celsius…sejukkkk. Raisya, Amzar dan Kimi excited sebab bercakap keluar asap ikut mulut. Nasib baik dah pakai thermal dari rumah dan prepare semua baju tebal..Hahaha..

Baru keluar dari airport. Sejuknyaaa

Dari segi penginapan, Alhamdulillah ada apartment yang sangat selesa untuk kami lapan beranak di Cheongho di daerah Gangdong-Gu, Seoul.  Daerah Gangdong mempunyai 25 buah sekolah yang mana 17 adalah Junior High School dan 12 lagi Senior High School termasuklah sekolah swasta yang hebat; Hanyoung Foreign Language High School.

Di apartment ni semua lengkap untuk kami yang hidup sederhana. Ada tiga bilik tidur lengkap build in wardrobe, dua bilik air, sebuah sofa 3 seater, kabinet dapur, oven, dapur dan kelengkapan elektrik yang lain.  Dah macam kat rumah sendiri. Cuma pinggan mangkuk tu tak lah banyak. Begitu juga bantal, toto dan selimut yang suami saya beli tambah untuk kami.

Cuma apa yang tak best untuk hari pertama dan kedua saya di sini ialah saya tertinggal phone dalam teksi airport. Dah cuba call dan communicate…saya berdoa agar ada rezeki untuk saya dapatkan kembali phone ni. Sayang gambar-gambar yang ada dalam tu. Kalau contact number google ada back up. Lebih sayang phone tu suami yang hadiahkan sempena anniversary kami yang lepas….sedih rasanya. So, saya sedang menanti…orang kata orang Korea jujur. Saya harap ia benar…

Oh ya, just nak share akjtiviti pertama lepas husband balik kerja tadi. Lepas isya’ kami turun ke bawah apartment dan jalan-jalan di kawasan sekitarnya. Bawah apartment ni ada shopping mall dan beberapa yang lain di sekitarnya termasuklah Hyundai Store! Agak happening walau ia dikategori bandar kecil. Pada saya, ia lebih meriah berbanding Bangsar. 

Di sini sudah banyak dijual dan barang keperluan musim sejuk seperti pakaian, glove, kasut dan macam-macam lagi. Sempat grab sepasang baju dan seluar untuk Zahra. Rambang mata uoolllsss! Husband juga  bawa kami makan ais krim di Korean Dessert Cafe. Pelik,..sejuk-sejuk makan aiskrim! Layan jer..penuh orang rupanya!  Harga? Semangkuk husband kata dalam RM30. Ais krim ni sangat sedap dan topping nya berbeza ikut musim katanya..haha

Kemudian, kami sempat singgah di sebuah hypermarket untuk beli sedikit barang basah. So bawa balik ikan dan sayur-sayuran sikit termasuklah minuman kultur untuk budak-budak. Di sini ikan gelama masin mahal sangat. Nasib baik dah bawa gelama dan talang masin yang abang ipar buat tu. hahaha...kat sini kalau asyik dok convert memang tak makan lah jawabnya. Mahal!















Salam sayang. Kita jumpa next entry…kita share pasal snow di Itaewon




Wednesday, 5 February 2014

BEZA DIET PROTEIN & ATKINS DIET

Susunan EIZAN ARIFFIN

APA BEZA PROTEIN SPARING DIET DGN ATKINS DIET?? cuba baca ini…

Ramai orang mengatakan diet dgn ALSDII adalah sama seperti diet Atkins kerana rendah karbo dan tinggi protein dan lantas membuatkan mereka hendak berdiet secara sendiri.

Tidak dinafikan ramai yang berjaya menurunkan berat tetapi ada kemungkinan untuk naik secara mendadak kembali kerana :

* Berdiet sendiri tanpa mengambil apa-apa supplement memang boleh kurus. Tapi tahukah anda? Diet ini akan mengakibatkan BADAN MENJADI LEMAH sebab makanan & vitamin yang diperlukan tidak mencukupi. Kita mungkin tidak mengetahui sama ada lemak @ air yang hilang. Kemungkinan jisim otot-otot juga boleh rosak. Apabila memulakan semula pengambilan nasi (karbo), berat badan akan naik berganda.

* Dengan ALSDII, walaupun tanpa pengambilan karbo (cth : Nasi), jisim otot akan dibina sambil mencantikkan kulit. Jadi kalau otot dah terbina, peratus untuk gemuk semula adalah rendah kerana lemak telah dibuang secara kekal. Yang penting apabila mendapat berat yang diinginkan pastikan anda menukar pola pemakanan yang lebih seimbang.

KELEBIHAN ALSDII (Protien Sparing Diet )
• Boleh makan banyak dan tidak perlu berlapar
• Bukan ganti makanan atau meal replacement
• Turun berat dengan cepat
• Kadar penurunan berat yang seimbang dan sekata
• Selamat kerana bukan ubat diet bahkan makanan kesihatan yg kaya dan selamat serta efektif kerana bersumberkan pemakanan alam semulajadi (protien soya yang berkualiti tinggi) dan juga, serat soya yg diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral
• Sihat dengan zat-zat makanan yang seimbang
• Rasa lebih bertenaga
• Lebih peka dan badan lebih ringan
• Tidak memecahkan protein dalam badan
• Mencantikkan warna & tone kulit
• Kulit tegang dan tidak kendur bahkan nampak awet muda
• Nampak lebih muda & bertenaga
• Meningkatkan pembakaran lemak badan secara semulajadi
• Membakar lemak yang tersimpan lama sebagai sumber tenaga
• Tidak ada kesan naik mendadak apabila berhenti bahkan menjaga berat badan idaman sepanjang hayat serta membaikpulih kesihatan secara keseluruhan
• Tidak membuat anda cirit birit atau sakit perut

 

10 TIP TINGKATKAN METABOLISME

Susunan EIZAN ARIFFIN



Berat badan? Aduh, inilah isu sensitif bagi kebanyakan wanita termasuklah saya! Memang takut  gemuk tapi tak ada usaha untuk kurus. Kalau ada usaha pun mungkin ia tidak konsisten dan terbantut di tengah jalan sebab merasakan proses nak bakar lemak tu sangat perlahan macam siput! hehe...
 Sebenarnya banyak sebab yang menjadi punca diet kita selalu gagal. Antara punca utama ialah 'berdiet tidak kena caranya'! Ramai yang salah faham mengatakan diet itu maknanya 'tidak makan', 'kurang makan', 'ikat perut' dan macam-macam lagi istilah.

Jom kita kongsi 10 tip di bawah bagaimana mahu percepatkan proses penurunan berat badan. Harap ia dapat membantu anda :-

1. Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2. Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3. Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4. Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

5. Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.

6. Pedaskan masakan anda – Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.

7. Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8. Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun. Pastikan tanpa gula!

9. Elakkan crash diet. Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan membakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

10. Amalkan Alpha Lipid SDII – Ambil 2 sudu 4 kali sehari untuk mendapat penurunan berat 2-5kg dalam seminggu. Jika 10 tips ini dilakukan PASTI anda akan dapat berat ideal yang diidamkan! SAY NO TO FAT!


Whatsapp saya untuk konsultasi - 016-2065349

Friday, 31 January 2014

SIAKAP 3 RASA


Pena EIZAN ARIFFIN

Assalamualaikum & salam sejahtera semua! Seronok la masing-masing cuti panjang minggu ni sebab Gong Xi Fa Cai. Ramai yang ambil kesempatan ni untuk balik kampung dan cuti-cuti. Dan ramai jua yang up date kat status fb dan whatsapp grup kata kebanyakan jalan sesak. Itu yang rata-rata kita malas nak tempuh. 
Saya dan suami pula tak bercuti panjang...cuma saya ambil ekstra cuti hari Isnin depan. Anak-anak pula cuti sampai Selasa...seronok la dorang boleh main kat rumah. Mula-mula hari tu berangan juga nak pergi cuti-cuti tapi bila fikir-fikir balik, malasnya nak tempuh kesesakan. Lagipun bila last minute check hotel kat agoda, rata-rata dah penuh dan rate dia..ermm...peak season la katakan. Almaklumlah...So kita cuti-cuti kat rumah saja la ye anak-anak.
In Shaa Allah esok en suami kata nak bawa dorang lencun kat Wet World Shah Alam...so harap-harap plan menjadi la ye. Kalau tak mesti bosan juga berkurung kat rumah kan...
Tadi keluar, banyak kedai yang tutup tapi nasib baik MyMydin kat rumah ni buka. So bolehlah beli barang-barang dapur sikit untuk masak dinner. Untuk minum petang, saya dah siapkan Roti Lapis Keju Berdaging. Simple dan sedap. Tapi suami saya dan Amzar tak layan western food. Dorang lebih prefer nasi; lauk simple pun tak apa.
So, untuk dinner hari ni, saya plan nak masak SIAKAP 3 RASA. Alaaa..tak de yang unik pun menu ni cuma saya ni jarang masak, so kira special la bagi kami anak beranak. Sementara dok taip entri ni, anak-anak sibuk dok main kat luar tapi dalam pagar rumah la. Saya memang tak izinkan dorang main di luar rumah tanpa pengawasan saya atau suami. Orang nak kata saya 'kawal' anak pun katalah. Memang saya kena kawal..kalau tak bahaya!
Back to dinner, apa menu anda semua hari ni?  Yang bercuti dah confirm la makan sedap-sedap. Yang balik kampong pula dah mesti mak ayah dah tunggu kat rumah dan prepare macam-macam menu best kan. Silap-silap dah sembelih ayam kampung. Tak pun tumbang lembu...erm...ada ke macam tu?
So, jom kita masak SIAKAP TIGA RASA!
Basuh ikan bersih-bersih dan jangan lupa ‘cucur air’ – berselawat!
* Bagi nak hilangkan hanyir, saya biasanya guna air asam jawa. Sapu seluruh badan ikan tu, kemudian bilas denga air hingga bersih

Bahan-bahan:

1/2 ekor ikan siakap – goreng dulu

2 sudu besar pes sambal (de-froze dulu ya)

1 inci halia – hiris memanjang dan halus

2-3 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar sos cili

2-3 sudu besar  sos tomato

2 sudu besar sos lada hitam

Sedikit kicap

Bawang besar – potong kiub

Garam secukup rasa

Minyak untuk tumis

CARANYA:
  1. Masukkan minyak untuk tumis, masukkan halia. Lepas naik bau masukkan pes sambal (kalau yang nak tumis bawang putih, merah tak ada masalah. Saya guna pes, so short cut ler).
  2. Masukkan kesemua sos dan kicap. Campur air sikit kalau pekat.
  3. Masukkan garam secukup rasa, kacau. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong kiub. Ada yang tambah nenas kiub, so  terpulang. Saya guna apa yang ada sahaja.
  4. Kalau nak rasa pedas, letak lah 2-3 biji cili padi. Bila kuah dah masak, tuang kuah tersebut di atas siakap yang telah digoreng.
  5. Yeayy, it's ready to eat!

SELAMAT MENCUBA!
* sorry, saya tak dapat upload gambar, tak tau la apa masalah dengan network ni...huhu

Mama Eizan




Thursday, 30 January 2014

DOA LINDUNGI ANAK-ANAK



Pena EIZAN ARIFFIN               
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua…
MasyaAllah…Allahuakbar! Hanya Dia Yang Maha Mengetahui di sebalik semua perkara yang terjadi.
Sebagai manusia biasa, seorang ibu, seorang wanita, saya merasa tersangat sedih, geram tentang kekejaman yang dilakukan kepada kanak-kanak, malah sangat menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Sejak semalam, kita dikejutkan lagi dengan dua kes yang melibatkan kanak-kanak. Seorang berusia 10 tahun, perempuan yang dirogol, diliwat dan ditoreh kemaluannya sehingga terpaksa menerima 18 jahitan! Budak perempuan tu katanya dalam perjalanan ke sekolah agama menaiki basikal dan jarak rumahnya dengan lokasi kejadian juga tidaklah jauh mana. Memang lelaki tu sangat jahat dan kalau ikut hukum hudud, lelaki tu patut direjam hingga mati!
Dan seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang mati dikelar oleh ayahnya sendiri! Dan dua orang lagi anak perempuannya berusia 10 dan 12 cedera di tengkuk dan salah seorangnya putus jari! Anak keduanya; berumur 15 tahun yang baru balik dari sekolah agama terkejut bila tengok ayahnya pegang parang dan ada kesan darah di lantai ruang tamu…http://www.sinarharian.com.my/budak-perempuan-7-tahun-mati-dikelar-bapa-1.246174    
 Ya Allah, Ya Allah…apa yang sedang berlaku sekarang ini. Hanya Engkau Yang Maha Menentukan segala-galanya!
Bila jadi macam ni, macam-macam soalan ligat di fikiran. Bagaimana seorang bapa sanggup kelar dan cederakan anak sendiri? Saya difahamkan keluarga ini orang baik-baik, beragama dan terpelajar. Malah keluarga ini dihormati jiran tetangga kerana mereka rajin berjemaah di surau. Tetapi si ayah sudah dua tahun menganggur dan dikatakan adalah masalah mental.
Jadi, adakah dia melakukannya dalam keadaan yang sedar? Atau dia sendiri tidak sedar apa yang telah dilakukannya? Dalam bab ini saya tak berani komen apa-apa sebab saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya hanya mampu berdoa agar si ibu (isterinya) diberi kekuatan hati untuk menempuh ujian getir ini. Saya tak dapat bayangkan situasi ini…Ya Allah…sedihnya…tentu semua anak-anaknya dalam keadaan trauma.
Sebenarnya entri saya kali rentetan daripada entri saya sebelum ini iaitu BAHAYA ANAK ADA DI MANA-MANA yang menceritakan tentang Adik Kimi yang nyaris dilenyek kereta di depan rumah saya. Tapi syukur  tidak ada sebarang kecederaan yang berlaku. Pendek kata, bahaya pada kanak-kanak ini boleh juga berlaku di dalam rumah, apatah lagi di luar rumah dengan pelbagai cara!
Rentetan itu, saya sambung tulis entri ini yang tergendala. Masa saya mula tulis entri ini ialah masa kes kejadian kanak-kanak yang berusia 2 tahun yang ditemui mati berlumuran darah di sebuah rumah kosong. Kanak-kanak ini dibunuh kejam dan rentetan daripada kes ini, ibunya dan teman lelaki ibunya ditahan reman. Kedua-dua mereka terlibat dengan dadah. Saya tidak pasti berita terkini tentang mereka akhir-akhir ini.
­­­­Tup-tup semalam timbul lagi isu melibatkan kanak-kanak…hati keibuan saya sangat terpukul!  Wahai ibu bapa, apa yang perlu kita lakukan?
Sebagai seorang Muslim, marilah kita sama-sama berdoa agar diri, pasangan, anak-anak dan seluruh keluarga kita berada dalam lindungan Allah, jauh dari gangguan syaitan. Saya kongsikan doa ini dari page Ustaz Zaharuddin.net


Kepada keluarga mangsa. Salam takziah daripada saya. Semoga anda semua tabah menghadapinya. Sesungguhnya tempat anak-anak anda adalah di syurga Allah yang sangat indah...
 Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080 - teks doaya adalah yang berwarna merah)
Disebut dalam satu riwayat lain,  nabi bersabda :-
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله  أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )
Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)
 
Nabi bersabda :-
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala, dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah." ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)