Tak mula tak ada hujungnya...

Bismillahirrahmanirrahim...Ya Allah ini kali ketiga saya cuba 'membina rumah' ini. 'Rumah' pertama dan kedua saya dah usang, tak pernah dijenguk! Confirm dah bersawang, silap haribulan dah tak jumpa rumah sendiri...hehhe. Itulah yang dinamakan hangat-hangat tahi ayam. 'Rumah' yang saya bina kali ini harap-harapnya akan  terus teguh. Harap-harap 'rumah' baru saya ini dapat menghimpunkan lebih ramai kenalan baru, dapat menjadi medan bertukar ilmu. In Shaa Allah.

Di rumah ini, saya teruja untuk bercerita macam-macam perkara yang bersarang di minda sejak sekian lamanya. Dan saya pilih biarlah cerita ini disampaikan dalam suasana yang santai, bersahaja namun ada ilmu di penghujungnya. Sebab itu entri pertama ini saya namakan...Tak Mula Tak Ada Hujungnya...

Dalam hidup saya sentiasa yakin dan percaya dengan kata-kata 'permulaan yang sedikit tidak mustahil akan membuahkan hasil yang besar. Ia juga lebih baik daripada kita langsung tidak berbuat apa-apa sebaliknya hanya gah di zon selesa. Prinsip saya mudah saja...kalau tak buat, kita tidak tahu hasilnya. Kalau buat tapi tidak berhasil juga, buat lagi dengan cara yang lain pula sehingga kita nampak ada 'jalannya'. Bila dah nampak jangan pula berhenti di tengah jalan, sebaliknya redah sahaja walaupun kita tahu mungkin ada bahaya atau bias di depan sana. Redah saja...kalau terluka cari la ubatnya..hehhe..mesti pening orang yang dok baca entri ni.

Ok lah sebelum bertambah bingung, elok kiranya saya stop kat sini. Malam pun dah makin pekat. Tadi hingar bingar tapi sekarang dah senyap. Yang kedengaran hanyalah ketukan lappy ni, kipas yang tak pernah penat berpusing dan dengkuran my sleeping partner..

till meet again in another entry. good nite & barakallah.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK

PROJEK BEG SEKOLAH

MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!