Bila Anak Bujang Makin Besar...

Pena EIZAN ARIFFIN
Foto Gerobok S3 & 123rf


Bismillahirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Berkobar-kobar nak tulis entri yang kedua ini...hahaha..orang lain dah beratus entri..tak heran pun. Ni baru dua dah nak kecoh. Bagi saya ok la tu - in progress namanya. Itu lebih baik daripada tak ada langsung kan! Kata orang berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit.

Baiklah..untuk entri kali ini saya nak bercerita tentang perihal anak-anak yang makin membesar. Bagi anda yang belum kenal saya...saya ni mama kepada lima orang anak...ermmm..ramai kan? Pada zaman sekarang ni, lima ni dianggap sangat ramai. Kalau dulu-dulu 10 beradik tu standard la kan. Tapi semua tu rezeki yang Allah bagi pada saya dan suami dan tidak ada satu alasan pun walaupun sebesar zarah untuk saya merungut anugerah Allah itu. Mereka adalah harta yang saya ada. Pada mereka juga saya sandarkan harapan agar dapat menjaga saya dan suami ketika kami tua kelak. Lebih daripada itu, mereka lah yang akan mendoakan saya dan suami apabila kami sudah tiada kelak...huhu...itulah doa kami sebagai ibu bapa. So, Nur Athirah, Nurin Irdina, Muhammad Amzar Harith, Nur Alya Raisya dan Muhammad Alif Hakimi, mama dan abah doakan kamu semua jadi anak soleh dan solehah ya...kat bawah ni gambar lama kami...masa ni dorang masih kecik2..





Apa agaknya perihal anak yang akan saya ceritakan kali ni?


Erm...pada hari Sabtu dan Ahad lepas, saya dan suami cuba 'gagah' kan diri...orang Kedah kata 'gagah' tu macam 'cuba usahakan' (walaupun badan rasa nak rehat ja) untuk mengecat bilik Amzar...anak ketiga saya si hero yang berusia 7 tahun. Tahun depan dah nak masuk darjah 2, tapi perangai...ermm..masih macam budak kecil, manja!


Apa yang membuatkan saya bersemangat nak cat bilik dia ni?

Kat rumah saya ni ada empat bilik...satu kat bawah - dulunya bilik bibik. Tapi sejak lebih tiga tahun ni saya dah tak ada bibik. Bayangkan ye...bagaimana saya uruskan 5 orang anak, urus kerja-kerja rumah, kerja pejabat lagi, kerja weekend lagi, kursus, out station, buat part time bizz tanpa bibik! Hahahaha...itu lain entri ya..tunggggguuuuu!


Since tak ada bibik, bilik tu jadi bilik lambakan barang. Macam-macam barang letak dalam bilik tu especially atas katil bujang tu. Argghhhhh, memang serabut kalau dan difikir-fikirkan! Bayangkan mata yang melihat ni kan...hahaha...tapi sejak tak ada bibik ni, saya pegang satu prinsip : Buat-buat jer tak nampak...ini tip bagus tau!

Tiga lagi kat tingkat atas - satu bilik saya, satu bilik anak-anak dara saya yang berumur 11 dan 10 tahun dan satu lagi jadi bilik kain-baju! Kat sini lah drawer baju anak-anak, baju dalam bakul yang tak berlipat, yang berlipat dan bilik untuk saya meng 'iron'. Agak-agak korang boleh bayangkan tak keadaannya? Hahaha...memang 'sesak'!

So, pada hemat saya, Amzar Harith sudah besar dan perlukan bilik sendiri. Maksudnya dia perlu tidur di bilik berasingan dengan kakaknya. Perlu diajar berdikari dan berani! Jadi, saya decide tukar bilik 'kain-baju' ini menjadi bilik hero saya itu. Nanti Amzar akan dilatih tidur bersama adiknya iaitu Adik Kimi yang sekarang ni dah tiga tahun lebih.

Dalam angan-angan saya nak jadikan bilik Amzar secantik ini! Tapi macam susah jer nak buat sebab limited space & budget as well...hehe...tapi tak pe...mama buat jer la apa yang boleh sikit2...Amzar ni suka Cars...so nanti2 cari la elemen yang dia suka tu.



 
So, warna turqoise & kuning oren ni jadi pilihan saya. Masa mengecat tu biasalah...anak2 keluar masuk excited nak mengecat sama. Ayoo..kalau dibiarkan mahu jadi mural painting ni! Seharian juga la mengecat, mengemas, mengemop...huwaaa...rasa cam nak tercabut kaki ni.









Rasanya setakat ini dulu cerita tentang perihal mengecat bilik anak. Dalam entri akan datang saya akan kongsikan bagaimana untuk melatih anak tidur di bilik berasingan. Banyak idea sebenarnya nak dikongsi bersama. Doakan agar Allah memberi izin kepada saya untuk menulisnya...semoga Dia memberi kelapangan masa kepada saya. Maklumlah, di office, tumpuan saya hanya pada kerja, Balik rumah kepada anak-anak dan urusan rumahtangga pula.

Jumpa lagi
Barakallah...salam saying

MAMA EIZAN



















Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK

PROJEK BEG SEKOLAH

MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!