Bila Mak Anak 6 ke Negara Winter Sonata
Pena & Gambar EIZAN ARIFFIN
Alhamdulillah, Subhanallah....Itulah kata-kata yang mampu saya ucapkan saat ini. Banyak perkara baru yang berlaku dalam hidup saya sejak akhir tahun lalu hingga kini..yang tak pernah saya terbayang...apatah lagi merancang! Segala-galanya adalah aturan Allah dan saya yakin setiap satunya punya hikmah tersendiri.
Dah lama sangat tak updat blog ni,,,dah 'bersawang' teruk nampaknya, In Shaa Allah lepas ni dari masa ke masa saya akan share something dengan semua, Kekangan masa memang tak dapat nak dielakkan tetapi selagi masa itu tidak dicari, ia tak akan muncul. Walaupun sudah resign sejak 3 bulan lepas, saya masih dalam fasa menyesuaikan diri, mengatur masa dan saya akui agak lintang pukang sebenarnya...hahaa..so saya salute kepada semua suri rumah. Siapa yang selalu cakap kerja suri rumah senang...sila jadi suri rumah dan anda akan rasa macam mana. Ok,.,.bab tu saya akan share kemudian. Kali ni nak share pasal mak anak 6 ke negera Winter Sonata.
Alhamdulillah. Peluang menjejakkan kaki ke Republik Korea Selatan buat pertama kali ini adalah satu rezeki yang Allah aturkan untuk kami anak beranak. Memang saya tak pernah terbayang nak datang sini satu family. Maklumlah, kami ni ramai. Jenuh menabung sementara nak sampai. Tapi, rezeki itu rahsia Allah. Dia bagi juga peluang dengan cara menguji saya dan anak-anak dengan ‘menghantar’ suami saya bekerja sementara di sana bermula Februari lepas hingga April atau Mei tahun depan.

Malah, berita itu saya terima selepas beberapa hari
melahirkan Zahra November tahun lalu. Kalau nak diikutkan dia kena transfer
kalau tak silap hari ke-15 saya berpantang. Namun atas belas ihsan syarikat, ia
ditunda hingga saya habis berpantang dan masuk kerja. Memang mencabar sepanjang
tempoh ini. Nanti saya share dalam entry yang lain.
Ok..back to cerita ke negara Winter Sonata @ Korea ni,
memandangkan suami kerja di sini dan ada sedikit elaun tambahan, maka dapatlah
kami join sekejap cuti-cuti di sini dan akan kembali ke rumah pada 30 Disember
nanti sebelum buka sekolah. Semua kelengkapan sekolah telah saya sediakan lebih
awal kecuali stationery dan buku-buku sahaja yang belum. Ini semua rezeki
anak-anak yang Allah bagi. Syukur Ya Allah.
Dari rumah, kami bertolak jam 9.30 malam pada 23 November
lalu dan flight jam 1 pagi 24 November. Anak saudara yang hantar kami ke
airport dan kepada dia juga kami amanahkan untuk menjenguk ke rumah setiap
minggu dan tolong hidupkan enjin kereta.
Sentuh bab packing…Ya Allah..penatnya lahaiiii. Sambil tu
kena pastikan setiap bagasi tidak lebih 20kg seperti yang Air Asia tetapkan.
Tak ingat berapa kali asyik adjust barang dalam beg, kejap masuk kejap
keluarkan, lepas tu timbang. Sakit juga pinggang dibuatnya. Akhirnya, siap juga
5 bagasi, 3 berisi pakaian dan 2 lagi berisi makanan untuk stok sebulan kami di
negara yang terkenal dengan siri drama Winter Sonata ni. Untuk prepare,
checklist bertulis tak da…semuanya dalam kepala sahaja…Hahaha…sila jangan ikut
cara saya.
Bukan mudah untuk packing keperluan kami tujuh beranak.
En.suami terkecuali sebab dia balik ke rumah sehelai sepinggang untuk ambil
kami. Dalam bagasinya cuma ada tujuh helai baju winter yang dia beli di Seoul.
Baju bundle tapi masih cantik dan yang penting harganya murah! Cuba bayangkan
kalau kami beli yang baru…agak-agak berapa ribu hanya untuk baju winter? Jadi,
lebih baik bajet tu kami guna untuk beli keperluan lain. In shaa Allah dalam
next entry saya akan share tips persediaan pakaian bercuti musim sejuk.
Sepanjang enam jam perjalanan, nasib baik anak-anak tak buat
hal. Puas pesan itu dan ini. Sesekali tu dengar juga suara gaduh-gaduh tapi
rasa excited mereka tu dapat cover rasa nak bertelagah. Maklumlah, ini kali
pertama naik aeroplane bak kata Amzar.
Baby Zahra pun tak meragam dan Alhamdulillah, kami selamat landing di
Incheon Airport lebih kurang 9.00 pagi waktu Korea. Beza sejam jer berbanding
waktu Malaysia.
Cuaca di sini dah hampir ke musim sejuk. Suhu -2 darjah
Celsius…sejukkkk. Raisya, Amzar dan Kimi excited sebab bercakap keluar asap
ikut mulut. Nasib baik dah pakai thermal dari rumah dan prepare semua baju tebal..Hahaha..
![]() |
Baru keluar dari airport. Sejuknyaaa |
Dari segi penginapan, Alhamdulillah ada apartment yang
sangat selesa untuk kami lapan beranak di Cheongho di daerah Gangdong-Gu, Seoul. Daerah
Gangdong mempunyai 25 buah sekolah yang mana 17 adalah Junior High School dan
12 lagi Senior High School termasuklah sekolah swasta yang hebat; Hanyoung
Foreign Language High School.
Di apartment ni semua lengkap untuk kami yang hidup
sederhana. Ada tiga bilik tidur lengkap build in wardrobe, dua bilik air,
sebuah sofa 3 seater, kabinet dapur, oven, dapur dan kelengkapan elektrik yang
lain. Dah macam kat rumah sendiri. Cuma
pinggan mangkuk tu tak lah banyak. Begitu juga bantal, toto dan selimut yang
suami saya beli tambah untuk kami.
Cuma apa yang tak best untuk hari pertama dan kedua saya di
sini ialah saya tertinggal phone dalam teksi airport. Dah cuba call dan communicate…saya
berdoa agar ada rezeki untuk saya dapatkan kembali phone ni. Sayang
gambar-gambar yang ada dalam tu. Kalau contact number google ada back up. Lebih
sayang phone tu suami yang hadiahkan sempena anniversary kami yang lepas….sedih
rasanya. So, saya sedang menanti…orang kata orang Korea jujur. Saya harap ia
benar…
Oh ya, just nak share akjtiviti pertama lepas husband balik
kerja tadi. Lepas isya’ kami turun ke bawah apartment dan jalan-jalan di kawasan sekitarnya. Bawah apartment ni ada shopping mall dan beberapa yang lain di sekitarnya termasuklah Hyundai Store! Agak happening walau ia dikategori bandar kecil. Pada saya, ia lebih meriah berbanding Bangsar.
Di sini sudah banyak dijual dan barang keperluan musim sejuk seperti pakaian, glove, kasut dan macam-macam lagi. Sempat grab sepasang baju dan seluar untuk Zahra. Rambang mata uoolllsss! Husband juga bawa kami makan ais krim di Korean Dessert Cafe. Pelik,..sejuk-sejuk makan aiskrim! Layan jer..penuh orang rupanya! Harga? Semangkuk husband kata dalam RM30. Ais krim ni sangat sedap dan topping nya berbeza ikut musim katanya..haha
Kemudian, kami sempat singgah di sebuah hypermarket untuk beli sedikit barang basah. So bawa balik ikan dan sayur-sayuran sikit termasuklah minuman kultur untuk budak-budak. Di sini ikan gelama masin mahal sangat. Nasib baik dah bawa gelama dan talang masin yang abang ipar buat tu. hahaha...kat sini kalau asyik dok convert memang tak makan lah jawabnya. Mahal!
Salam sayang. Kita jumpa next entry…kita share pasal snow di Itaewon
Comments
Post a Comment