KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK


Pena EIZAN ARIFFIN

Foto Mr Google & Gerobok S3
 
 
 
 

 
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua... 

Taekwando dapat membantu membentuk jati diri kanak-kanak seperti disiplin, berani, berkeyakinan tinggi, menghormati orang lain, fokus dan bersemangat tinggi. Itulah antara faktor penyebab saya mendaftarkan Amzar Harith, anak ketiga saya ke kelas Taekwando. Kelas yang dikendalikan oleh Master Edwin itu diadakan di sekolah kebangsaan Amzar, jadi tidak sukar untuk saya menghantar dan mengambilnya.

Sejak dulu, saya memang berhasrat untuk menghantar anak-anak belajar ilmu mempertahankan diri ataupun martial art. Dua tahun lepas, saya dan suami pernah mendaftarkan anak pertama dan kedua untuk mengikuti kelas Seni Silat sebab mereka yang beria-ia sangat untuk menyertai aktiviti ini di sekolahnya. Enggan menghampakan anak-anak di samping saya sendiri tahu akan manfaat martial art, kami bersetuju. Selesai bayar yuran, beli uniform, Athirah dan Nurin bersemangat turun berlatih saban minggu. Dan suamilah yang sentiasa setia menghantar dan mengambil mereka dari tempat latihan.

Setiap kali mereka balik dari latihan, saya akan tanya“Hari ni belajar apa? Cuba tunjuk dekat mama”. Kedua-duanya tersengih dan memandang sama sendiri sambil memberi signal yang mereka saja faham. Ok lah, mungkin masih baru agaknya. Itu andaian saya.

Minggu-minggu berikutnya, saya tanya lagi tetapi feedback yang saya terima hampir sama. Rupa-rupanya mereka tidak ingat ‘buah silat’ yang diajar dan merasakan seni ini tidak serasi dengan mereka (ermm..kalau saya pun pening juga dengan lenggok seni silat ini...hehe)
 

“Mama, Nurin dengan Athirah dah tak nak pergi latihan silat tu. Tak reti la mama. Buah silat yang diajar tu susah”, adu Nurin sambil pantas diiakan oleh Athirah. 

Ermm….apa lagi, keluarlah bebelan saya.

“Habis, baju hitam kamu ni nak buat apa? Buat hiasan saja ke? Tau tak yang mama dan abah dah susah  payah keluar duit daftarkan kamu…ni nak berhenti macam tu saja”… standard la kalau saya membebel begitu. Kalau anda di tempat saya, apa respons anda?

Pada saya ia satu kerugian bukan sahaja dari segi wang ringgit tapi ilmu itu sendiri. Bukan untuk saya tetapi untukmereka juga. Sebagai ibu, saya sedikit kecewa kerana anak-anak tidak dapat memenuhi hasrat saya itu tetapi saya akur saya tidak dapat memaksa mereka. Saya tidak mahu mereka tertekan. Apa guna kita belajar sesuatu dengan keterpaksaan? Jadi, saya akur dengan kehendak mereka. Lagipun, memaksa anak-anak bukan satu kaedah yang tepat dalam mendidik mereka. Ingat ya mama, ibu,  umi sekalian…hehe

Hasrat menghantar ke kelas Martial Art tidak pernah padam dari hati saya. Tahun lalu saya ingin daftarkan Amzar untuk kelas Taekwando, tetapi pada mata saya, Amzar masih kecil, masih darjah 1! Jadi, niat itu dibatalkan…Sudahnya, Amzar tidak ada aktiviti khas untuknya. Di rumah dia sangat lasak, tidak boleh duduk diam dan gemar bermain sendirian. Dan alat permainan yang paling dia taksub ialah mengumpul kereta, hot wheels. Pantang ke kedai, itulah permainan yang dia minta sejak umurnya dua hingga tiga tahun lagi. Entah berapa ratus buah kereta yang sudah kami beli untuknya, yang plastik, yang besi,yang kecil, yang besar, yang mahal, yang murah, semuanya ada! Yang rosak dan yang sudah dibuang pun tidak terkira banyaknya. Yang hilang pun apa kurangnya. Amzar oh Amzar. My hero yang handsome dengan lesung pipitnya…

Saya perhatikan proses perkembangan Amzar ini tidak sama seperti anak-anak saya yang lain. Dia sukar untuk fokus, sukar bersosial, kurang confidence dan agak kelam kabut orangnya. Malah Amzar juga sangat manja dan mudah menangis kalau dimarah. Malah ketika di tadika dulu, dia pernah dibuli kawan-kawan lelaki dan perempuan. Pernah sekali tu, seluarnya koyak di celah kelangkang hingga ke lutut! Jauh di sudut hati, saya sangat bimbangkan dia  dan saya perlu lakukan sesuatu.
 

DUNIA BARU AMZAR

Tahun ini, Amzar sudah masuk darjah 2. Alhamdulillah, walaupun Amzar sedikit berbeza karakter berbanding dua orang kakaknya, Amzar tidak terlalu ketinggalan dalam akademik. Dan Amzar juga tidak pernah buat hal untuk tidak hadir ke sekolah kecuali dia memang tidak sihat. Pada pengamatan saya, Amzar seorang yang manja dan keanak-anakan. Dia mahu dirinya sentiasa dilindungi saya, abahnya dan kakak-kanaknya. Jadi, saya mahu dia lebih berdikari, berani, yakin diri dan terdedah dengan dunia baru selain ‘dunia keretanya’! Sebab itu, Taekwando menjadi pilihan saya untuknya.
 
Sebelum balik tadi Master Edwin sempat pesan, "Bila balik rumah nanti, jangan taekwando dengan adik beradik yang  lain. Kalau mama atau ayah kamu beritahu master tentang  ini, saya akan ambil tindakan disiplin ke atas kamu. Faham tak?"
 
"Fahammmmmm"...panjang jer jawapan semua orang...ermmm...tapi bila dah balik rumah, mula lah tunjuk 'belang' dia tu. Amzar...Amzar...



 
 
 
Saya tergelak besar melihat gelagat Amzar dan rakan-rakannya yang lain. Maklumlah mereka masih kecil, cute, macam-macam style ada. Jauh di sudut hati, saya rasa tersentuh sebab jelas di wajah Amzar, dia sangat excited! Dia sangat seronok menerokai 'dunia barunya' yang pastii akan lebih berwarna-warni. I love my son....
 

Berikut ada 10 manfaat Taekwando untuk kanak-kanak.

1.       Membentuk disiplin – Antara perkara penting dalam apa jua seni mempertahankan diri adalah disiplin. Dan proses ini bukan mudah untuk dibentuk dalam jangkamasa yang singkat. Ia perlu dilatih sejak mereka kecil lagi. Kanak-kanak yang mempunyai asas dalam Martial arts ini biasanya sedar akan kepentingan elemen ini dalam kehidupan mereka.

2.    Merangsang proses sosialisasi – Apabila kanak-kanak ini berkumpul dengan rakan-rakan yang mempunyai minat dan aktiviti yang sama dengan mereka, ia lebih mudah untuk mereka menyesuaikan diri. Secara tidak langsung, mereka dapat bercerita tentang perkara yang sama. Cara  ini membantu kanak-kanak untuk berkawan.

3.    Menggalakkan aktiviti fizikal – Tidak dinafikan kanak-kanak sekarang lebih banyak menghabiskan masa mereka di hadapan tv, computer, video game dan gajet yang lain. Ini menyebabkan mereka tidak melakukan aktiviti fizikal. Oleh itu, taekwando ini memberi mereka peluang untuk melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh, aktif. Ini sangat menyeronokkan untuk mereka.

4.    Taekwando juga adalah satu proses pembelajaran yang menyeluruh – Seni ini mengajar kanak-kanak mengikut tahap tertentu mengikut kemampuan mereka. Mereka bermula dari peringkat asas, bagaimana menumbuk, menendang, mempertahankan diri dan sebagainya. Gerakan-gerakan ini akan meningkatkan keupayaan fizikal kanak-kanak dari segi koordinasi, fleksibiliti, keseimbangan dan ketangkasan mental.

 
5.       Belajar untuk menetapkan matlamat – Seperti mana yang diketahui dalam Taekwando mereka mempunyai tahap tertentu dan ia boleh ia boleh dilihat berdasarkan warna tali pinggang masing-masing. Untuk mendapatkan warna-warna tali pinggang tersebut, mereka akan diuj. Oleh itu, kanak-kanak ini akan dilatih untuk menetapkan matlamat agar mereka dapat melepasi sasaran itu! Apabila mereka melepasi satu demi satu tahap, akan ada perkara bernilai yang akan mereka pelajari.

6.       Meningkatkan keyakinan diri – Yakin diri ini biasanya hadir dengan pencapaian diri. Jadi setiap setiap kali melepasi ujian, keyakinan diri mereka akan bertambah.

7.       Saling menghormati – Apabila belajat tentang martial art, mereka akan diajar untuk menghormati jurulatih.  Tidak dinafikan, ini antara cabaran  kita untuk membesarkan anak zaman ini. Kanak-kanak sekarang begitu advance.
 
8.       Menggalakkan kanak-kanak agar tidak berlaku ganas. Tujuan menyertai martial art bukan untuk mengajar kanak-kanak ini untuk menjadi ganas. Sebaliknya, kanak-kanak ini belajar betapa pentingnya kedamaia dan pentingnya melindungi diri.
 
9.      Memperbaiki skil pendengaran – Bagi memastikan mereka mahir, mereka akan dilatih untuk fokus dan mendengar arahan jurulatih dengan jelas.

10. Membina semangat kerjasama – Mereka akan belajar bersama-sama bagi mencapai matlamat masing-masing.

Semoga ia dapat membentuk jati diri Muhamad Amzar Harith, hero yang mama sangat sayang. Subhanallah, anak-anak anugerah berharga buat saya. Kalau bukan saya dan suami, siapa lagi yang akan membentuk dirinya?

 

Comments

Popular posts from this blog

PROJEK BEG SEKOLAH

MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!