DUNIA SAYA...


Pena EIZAN ARIFFIN
Foto Koleksi antik Eizan
 
Saya nekad mahu sambung belajar! Statement ini dalam salah satu post di wall fb saya mengundang pelbagai feedback daripada kenalan saya. Ada yang bersemangat bertanya  di mana saya mahu sambung study, master ke PhD? Ada juga yang mengajak ‘saing’ bersama, malah ada juga yang  mengucapkan  tahniah. Terima kasih kawan-kawan yang memberi sokongan dari jauh dan saya ingin mohon maaf kerana andaian anda semuanya meleset! Saya bukan sedang mengejar master, apalagi PhD. 

Bagi saya, zaman mengadap buku, membuat tugasan dan tesis serta mengadap exam sudah lama ‘beku’ sebaik saya bekerja dan mempunyai keluarga; besar pula tu. Mungkin pada fahaman orang lain sambung belajar itu maksudnya sambung ke peringkat yang lebih tinggi daripada Ijazah, tapi saya…punya definisi yang berbeza, it’s subjective! Saya ingin belajar lebih mendalam tentang dunia blog. Itulah yang saya maksudkan dengan ‘sambung belajar’. Saya yakin, proses pembelajaran itu tidak akan pernah terhenti  selagi hayat dikandung badan. Itupun bagi mereka yang mahu memperbaiki diri la...

Sebelum ini saya pernah mencuba belajar tentang dunia blog tetapi ketika itu hanya hangat-hangat tahi ayam. ‘Rumah’ yang dibina dibiarkan kosong, sepi, usang dan bersawang! Tidak ada insan yang lalu-lalang di situ kerana pemiliknya ‘tidak berdunia’ dengan orang luar atas alasan ‘tak pandai bergaul’. Akhirnya, saya bina ‘rumah’ baru yang diberi nama eizanariffin.blogspot.com. Di ‘kediaman’ baru ini, saya berasa lebih bersedia dan teruja untuk menyusun atur  mengikut idea dan konsep yang sudah saya caturkan. Saya juga bersedia melahirkan sebanyak mungkin idea dan pengalaman agar tetamu yang berkunjung akan kembali ke kediaman ini lagi…

SIAPA EIZAN ARIFFIN?

Saya percaya, ramai yang tidak mengenali saya.  Iya la…saya bukan seorang selebriti, ahli politik ataupun ahli korporat yang berjaya. Saya hanya orang biasa yang hidup serba sederhana, ibu kepada lima orang anak yang berusia antara empat hingga 12 tahun. Berderet-deret macam keretapi kan? Hehe...ini rezeki Allah bagi pada kami suami isteri. Rutin saya tidak banyak bezanya dengan orang lain, tetapi saya yakin dan percaya ia lebih ‘kalut’ berbanding anda semua! Hahaha…Kenapa? Sebab saya tidak ada maid. Semuanya kena uruskan sendiri. Alhamduilillah, saya masih mampu menguruskannya walaupun adakala riak wajah bertukar singa, tarzan bagai...hehe
So, they're My Heart My Soul...
 

SOAL KARIER...

Saya  bertugas sebagai ‘orang media’ . Jadi sedikit-sebanyak beri pengalaman yang berbeza malah luar biasa!  Anda yang  pernah menyelak helaian majalah MIDI di awal penerbitannya dahulu mungkin masih ingat akan nama ini. Ya, saya adalah Editor pertama majalah itu, majalah yang yang dikhususkan kepada wanita yang berusia 40++!  Cuba anda bayangkan pada usia 29 tahun ketika itu, saya perlu menghayati dan mendalami fasa kehidupan yang belum saya lalui…bukan mudah ya. Namun itu bukan halangan untuk saya laksanakan tugas yang diberi. Mujurlah pengalaman selama lima tahun di majalah NONA sebagai wartawan banyak membantu saya terus menggarap idea bersama team saya sehinggalah MIDI dikenali ramai.

Ini gambar saya bersama Puan Yati Rohani Rahim (editor Rasa, dulu pernah jadi editor Nona) dan Puan Putri Adila (Editor majalah Dapur) di majlis Nona 3 Dekad. Kami semua 'bekas' Nona...hehe

* Gambar bersama MIDI akan saya korek nanti...dah jadi gambar antik tu...



Hampir empat tahun saya di situ, perjalanan kerjaya saya diteruskan bersama  majalah NUR, majalah bersaiz comel untuk Muslimah Berkerjaya. Saya harap pembaca setia majalah NUR masih mengingati nama EIZAN ARIFFIN, nama pena saya. Di sini, jiwa saya kembali muda dan saya sangat enjoy sepanjang mengendalikan majalah ini. Bagi saya NUR adalah diri saya, Muslimah, berkerjaya, isteri dan ibu kepada anak-anak yang disayangi.

Di sini, saya temui ilmu baru, ‘warna baru’.  Pengisian yang bertunjangkan pemilik alam semesta ini secara tidak langsung mendidik jiwa saya agar lebih mendekati Dia. Saya juga kagum bertemu dengan ramai wanita muda yang berjaya baik dari segi kerjaya mahupun bisnes.  Jauh di sudut hati, saya juga ingin berjaya seperti mereka. Psssttt…di NUR juga saya belajar tentang penampilan diri. Banyak yang saya akan kongsikan dalam entri berikutnya…

Ini gambar lama saya...zaman booolaaatttt....bersama team NUR dan pembaca setia yang hadir ke majlis Ulang Tahun NUR...team  kami yang handle sendiri...
 
 
Siapa wanita jelita di sebelah saya ni? Ini Shera, seorang model sambilan, ibu kepada dua orang anak. Sekarang dia sudah ada produk kecantikan jenama sendiri iaitu Shera Beauty. Masa ini majlis hi tea NUR istimewa Edisi ke 100. Team kami juga yang handle sendiri event ni...besssstttt! 
 
 
 
 
Hampir dua tahun di situ, saya diminta pula mengemudi majalah Keibupaan & Prasekolah terkenal di Malaysia…majalah PA&MA! Wow, ini majalah parenting yang hot! Mampukah saya melaksanakan tanggungjawab itu? Kerjaya ini pilihan saya, cinta saya, sudah sebati dalam diri saya. Alhamdulillah pengalaman beranak lima banyak membantu saya memahami dan mendalami majalah ini.

Berdasarkan pengalaman melahirkan lima orang anak secara normal tanpa komplikasi, saya teruja untuk berkongsi dengan anda semua apa jua perkara bermula daripada saat hamil, melahirkan dan membesarkan mereka. Banyaknyaaaaa nak share!
So, ini team PA&MA yakni anak-anak buah saya...masa ni kami ke Institut Pediatrik HKL untuk misi PA&MA d'Hati...kat tengah tu Dr Pakar tau...
 
Yang ini pula ketika program PA&MA d'Hati di PPUM...
 
 
 

Secara keseluruhannya, sudah hampir 14 tahun saya terlibat dengan penulisan majalah dan kini saya sedang berjinak-jinak dengan penulisan blog. Nyata Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari USM, khusus dalam bidang Kewartawanan tidak dipersiakan.  Bidang Pengurusan yang menjadi minor pilihan turut membantu kerjaya saya. Selain editing, merancang pengisian majalah, sebagai editor saya turut didedahkan dengan strategi pemasaran dan penjenamaan. Oleh sebab itu, saya juga boleh dikatakan ‘ada ilmu’ tentang pengurusan acara atau Event Management.

MENCARI ‘WARNA’ BARU…

Saya seorang yang komited dalam kerjaya. Bagi saya ia satu tanggungjawab yang perlu kita laksanakan ddengan seikhlas mungkin…kerana Allah. Sebab itu saya jarang fikirkan imbuhan yang saya terima saban bulan. Yang penting, saya gembira kerana hasil kerja saya dan team dapat memanfaatkan masyarakat khususnya para wanita, ibu dan isteri!

‘Warna baru”??? Apa tu? Saya percaya setiap insan Allah anugerahkan lebih daripada satu kelebihan. Dan saya ingin menggali kelebihan itu tanpa mengabaikan kerjaya saya. Bukan kerana wang semata-mata tetapi ia lebih kepada menyuntik ‘warna lain’ dalam rutin kehidupan saya. Di pejabat saya sangat sibuk dengan kerja, bila pulang ke rumah saya sibuk dengan urusan rumahtanggan dan anak-anak. Lebih-lebih lagi saya tidak mempunyai maid! Tidak dinafikan saya stress dengan rutin ini dan saya mahukan ‘warna lain’….dengan bisnes kecil-kecilan saya seperti menjual tudung dan shawl, busana Muslimah, produk kecantikan dan kesihatan…saya sudah ketemu ‘warna’ itu. Ia menceriakan saya kerana dapat berkongsi  kegembiraan dengan orang lain. Jadi, apa salahnya untuk saya mencabar kebolehan diri…sejauh mana kita boleh melangkah pergi?

Biarpun usaha ini kecil ini mungkin sebesar hama bagi orang yang sudah berjaya, tetapi ia satu permulaan besar bagi saya yang tidak punya apa-apa…Pada saya tidak ada yang terlambat selagi kita memulakannya. Jangan lupa ikuti setiap entri saya. Bukan sahaja saya, anda juga berpeluang menjana pendapatan bersama saya tanpa perlu modal! Mungkin anda juga juga akan bertemu dengan ‘warna’ yang anda cari….


Ermm....berangan nak jadi kaya cam mamat kat bawah ni...hehe

 
 
Gambar kat bawah ni bersama-sama rakan-rakan editor pelbagai majalah di KMK...kami bersatu di mana sahaja...masa ni majlis farewell untuk  Kak Liza Ali...semoga kaya dan berjaya Kak Liza..
.
 
 

Salam sayang
MAMA EIZAN
   

 

 

Comments

  1. bestnya baca catatan pn eizan ariffin....

    ReplyDelete
  2. Hi kak. Same la kite. Saye pun baru berbelog.. :)

    ReplyDelete
  3. chu.. jumpa blog chu..hihihi

    ReplyDelete
  4. thanks Diari Adam..akak baru jer belajar-belajar ni...selamat berkenalan ya. Awak pembaca Pa&Ma ke?


    ReplyDelete
  5. yeaaayyy..akak ada kawan la Asz...awak lagi pandai kot. hehe

    ReplyDelete
  6. baca jangan tak baca tau mazilah..kirim salam mama

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK

PROJEK BEG SEKOLAH

MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!