PROJEK BEG SEKOLAH


Pena EIZAN ARIFFIN
Foto Gerobok S3

H: Projek Beg Sekolah (SIARAN TERTUNDA)

Bismillahirrhmanirrahim…Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Jumaat, 27 Disember 2013 yang lalu saya habiskan cuti tahunan  yang berbaki sehari tu. Polisi syarikat cuti  tahunan tak boleh carry forward. Dan saya hampir saban tahun cuti tahunan saya memang sangat jarang di bawa ke tahun depan. Semua langsai! Bukan sebab saya banyak pi bercuti makan angin, tapi kebanyakan cuti saya diperuntukkan untuk perihal anak-anak.

Anak deman-saya kena cuti paling kurang separuh hari untuk bawa dorang ke klinik. Atau penting untuk saya pantau suhu badan mereka. Pastu kalau anak ada aktiviti di sekolah macam sukan sekolah, hari penyampaian hadiah, hari report card dan lain-lain saya sebolehnya cuba cuti. Tak sampai hati nak tolak permintaan anak. Malah ada yang sudah diberitahu berminggu awal…jadi mcm mana nak tolak? Kerja memang banyak tapi untuk anak-anak, bagi saya ia lebih utama.
Okay…cerita pasal hari cuti ni, anda nak tahu tak apa aktiviti saya? Lepas subuh, saya iron baju kerja en suami. Lepas tu kemas beg-beg baju yang bercuti hari tu (errkkkk…since balik 2 minggu dari kampung saya belum sempat keluarkan semua baju dan letak di  tempatnya…apa lagi nak simpan beg…hahaha

Lepas settle yang tu, saya mula geledah beg sekolah anak-anak. Maklumlah  kurang seminggu lagi sekolah dah nak mula. Baju, kasut, buku semua dah settle. Misi terakhir ialah nak cari beg sekolah dan stationery. So, bila dah geledah beg dorang, tau tak apa yang saya jumpa ? Lebih-lebih lagi dalam beg Amzar dan Nurin? Hahaha…anak oh anak! Macam-macam ada! Kayu aiskrim yang dah patah 2,3; plastisin hancur, pensel warna yang dh kontot dan ‘buta’, cebihan kertas,gula2 (sampai dah kesit orang Kedah kata), dan macam2 lagi…hahaha..nampak sangat la saya jarang belek beg dorang. Kalau belek pun saya biasanya semak buku sekolah jer.

Hampir 10 buah beg sekolah termasuk beg tuition saya check dan 4 daripadanya memang dah rosak, ada yang dah tak boleh pakai dan ada yang boleh repair. Beg sekolah sekarang ni memang tak tahan especially bahagian zip dan talinya. Kalau dulu kita boleh pakai bertahun, tapi sekarang ni setahun kena tukar 2-3 beg! So, dalam ekonomi sekarang ni saya pilih untuk repair mana yang boleh. Hahahaha..mama kedekut ke? Eh…mana ada…berjimatlah!
 

Next: sebelum jahit ke apa, saya kena basuh dulu beg dorang ni. Dah rupa belacan! Jadi, saya rendam dulu beg ni dalam serbuk cuci dan air…tengoklah macam mana, esok ke lusa saya akan basuh. Tak pun suruh budak2 ni sendiri yang berus beg dorang. Tapi bagai dikatalah…confirm tak bersih punya.



Tengahari ni, saya akan bawa dorang keluar cari beg sekolah. Nak tala mana ni? Ermm…saya ingat nak ke GM jer cari stationery sebab nak beli borong ja! So boleh guna setahun…hehehe…Beg  sekolah kat sana memang banyak tapi selalunya tak tahan. Sebulan dua jer dah ada signal nak rosak.
 So, hasil rondaan 2-3 jam kat GM Klang...tadaaaaa! Inilah hasilnya...
 
 
Tersengih la masing-masing wajah anak-anak. Pada saya, anak suka saya pun bahagia. Bab tema Hello Kitty tu bak kata saya 'hobi cari penyakit'..hahaha...sikit-sikit mama layan le..lebih pada tu ermm...sorry ya...
Apa tip yang boleh saya kongsi dengan mama hari ini?

1.       Untuk prepare barang sekolah bukan murah ya, lebih-lebih lagi  kalau anak ramai macam saya. Jadi, mana-mana beg yang masih boleh dipakai, pakailah. Basuh bersih-bersih bagi nampak elok. Pastu jangan la basuh guna mesin – beruslah dengan tangan.. Good exercise too! Hehehe

2.       Kalau setakat tali putus tu, kalau boleh jahit; jahitlah. Guna benang yang kuat. Ada jarum yang jenis besar. So, jimat kan?

3.       Kutip semua pensel warna yang bertaburan kat rumah tu – mana2 yang dah kontot tu buang jer lah. Yang masih panjang tu masih boleh guna – paling tidak bagi anak yang kecil lagi tu buat conteng2…Kimi la tu..hehe

4.       Beli borong kalau anak sekolah ramai. Harga murah, kuantiti pun banyak! Yang ni kalau anda tak memilih jenama la…tapi juga ada jenama yang klon…so ok jer. Berbaloi tau..

5.       Tip yang saya amalkan ni bukan bermakna saya kedekut tapi saya nak ajar anak-anak supaya hargai barang yang masih elok. Ajar dorang supaya jangan ‘mewah’ sangat (mewah cara saya laa…)

GUD LUCK ALL MAMA!

Salam sayang

MAMA EIZAN

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK

MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!