PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

PENA Eizan Ariffin
Foto Gerobok S3

 

“Cepat…cepat, mama ada hadiah”, ujar saya sebaik turun dari kereta selepas  pulang dari kerja semalam.

“Hadiah untuk siapa mama”, tanya Nurin sambil mendekati saya.

“Hadiah untuk semua orang lah,” jawab saya sambil mengangkat beg; meninggalkan persoalan kepada nya.

“Hadiah untuk semua? Mana? Mana?,” tanya pula Amzar lantas terus berlari ke kereta, membontoti saya untuk mengambil hadiah mereka. Masa tu Amzar masih berbaju sekolah, nak mandi katanya tetapi biasalah..leka!

Bila saya angkat akuarium kaca dari dalam kereta, Amzar menjerit kuat. “Wah, ikan! Ikan apa ni mama? Mana mama dapat ni? Mama beli dengan siapa?”

Isshhh, banyak tanya betul Amzar ni. Tapi kalau budak selalu bertanya bermakna dia normal dan cerdik mindanya. Harap-harap macam tu lah..hehe

Bila dah kecoh kat luar, semua  keluar sambil meluahkan ekspresi masing-masing. Mereka happy kerana sudah dapat pengganti!

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI…

 Apa yang tumbuh dan apa yang berganti ni? 

Awal cuti persekolahan yang lepas, Nurin iaitu anak kedua saya bawa balik seekor ikan laga yang diisi dalam akuarium plastik yang kecil. Dia beli dengan kawannya berharga RM15! Mulanya dia minta duit dengan saya untuk membelinya tapi saya tak izinkan. Dan saya katakan kepada dia, nanti cuti sekolah kita pergi beli sendiri.

Tapi kawan dia ni terror betul, esoknya dia terus bawa ke sekolah. Dan Nurin pula mahu tidak mahu terpaksa ‘korek’ duit tabungnya RM15 (beli dulu bayar kemudian…)
Sebenarnya, saya tidak rajin membela pets,  maklumlah saya tak ada masa untuk uruskan makan mereka. Apa lagi nak cuci najis dan sebagainya. Nak urus lima anak dengan kerja rumah lagi dah tunggang langgang ini pula nak jaga haiwan peliharaan? Lagipun, kalau kami tak ada di rumah dalam tempoh yang lama, siapa yang akan bagi makan pets ini?

Tapi anak-anak saya ni lain. Mereka suka sangat dengan haiwan especially kucing! Pantang tengok kucing kat mana-mana pasti dikejarnya; nak berkawan kononnya. Letih kucing tu menyorok...hahhaa…

Dulu kami pernah bela sekejap kucing yang datang menumpang dan beranak kecil. Masa tu masih ada bibik (3 tahun lepas). Dia yang tolong beri makan dan bersihkan najis kucing. Tapi jiran sebelah pula mula komplen kucing tu ‘buang’ merata. Jadi, suami tak nak bergaduh lalu dia pergi bawa anak-anak kucing tu dan tinggalkan di tempat lain. Aduh, sedihnya waktu tu…anak pun sama. Ada yang menangis.

Sejak itu, kami dah tak ada pets hinggalah Nurin bawa balik ikan laga yang dibeli dengan kawannya itu (ayah kawan dia yang jual).

IKAN LAGA ANAK DISALAH TAFSIR

Apabila Nurin bawa balik ikan laga tu, saya memang membebel la juga sebab makanan ikan tidak provided. Dah jadi satu hal pula saya kena cari makanan ikan, berpusing satu Sentosa, Andalas mencari tetapi tak jumpa sebab kedai akuarium yang pernah kami pergi dulu sudah pun tutup. Dan esoknya saya sambung lagi cari di Bukit Tinggi. Nasib baik kedai kat situ buka. Lega rasanya...kalau tak hari-hari dia Tanya bila nak pergi beli makanan ikan...huhu
Bayangkan hampir lima hari ikan tu kelaparan sebab saya memang tak sempat mencari makanan ikan. Pagi pergi kerja, balik dah gelap. Mana la nak ingat pasal ikan. Sudahnya dorang bagi ikan tu makan macam-macam, tabur roti putih la, ayam la...hahha,..tapi ikan laga tu tetap jual mahal!
Ada sekali tu saya pula yang bagi cadangan. Cuba tangkap semut...nak tak ikan laga tu makan. Saya cuma main-main jer...tak sangka dorang buat betul-betul! Hahaha...pening la ikan tu...
Ikan tu bernasib baik lepas jumpa kedai kat Bukit Tinggi tu. Mak tetap mak! Bebel macam mana sekalipun tetap fikirkan anak-anak.  Tidak adil rasanya kalau Nurin sahaja yang ada ikan laga. Jadi, saya  beli lagi empat ekor untuk setiap seorang yang lain. Murah jer kat sini...seekor RM2 sahaja! Ermm. Apa lagi seronok sakan la mereka.  Setiap hari mereka asyik membelek ikan laga masing-masing, siap diberi nama. Entah, saya pun dah tak berapa ingat nama-nama itu.
Ada satu minggu tu, kami nak balik Kedah selama  5 hari, balik ziarah orang tua di kampung dan ada kenduri kahwin saudara. Jadi, pagi itu kira-kira pukul 7.00 pagi, saya tinggalkan kelima-lima balang berisi ikan laga tu di rumah jiran sebelah yang juga baby sitter anak-anak saya.

“Kejap lagi la call bagitau Kak Shida, nak minta tolong bagi ikan ni. Lagipun bateri kong ni,” getus hati saya bila tengok pintu masih tertutup rapat. Malas pula nak kacau. Jadi ikan tu saya tinggalkan di atas meja di luar pintu...

“Ya Allah, ikan anak aku!”….Rupa-rupanya saya terlupa langsung nak bagi tau Kak Shida tentang ikan tu. Sudah lima hari! Saya teringatkan perkara itu sebaik kami tiba di rumah sendiri, masa saya nak buka gate utama.  Masa tu dah pukul 12.30mlm. Lantas saya mesej Kak Shida mohon maaf sebab tinggalkan ikan tu tanpa sebarang mesej. Kasihan dia…mungkin tertanya-tanya ikan siapa ni agaknya…

Pagi esoknya, Kak Shida datang ke rumah.

“Maaf lah Eizan. Akak dah buang ikan tu sebab akak betul-betul risau kalau ada orang yang ‘hantar’ benda-benda tak baik lagi kepada kami. Akak memang tak boleh tidur malam tadi lepas Eizan bagi tau yang ikan laga tu budak-budak yang punya. Akak memang jenuh fikir siapa yang letak kat sini. Nama pun tak ada tulis. Akak ganti yang baru ya,” beritahu Kak Shida sungguh-sungguh.

“Eh, tak pe kak. Saya yang patut minta maaf sebab saya tinggal macam tu ja. Saya dah buat akak satu keluarga risau. Saya minta maaf kak. Tak pe la kak kalau dah buang. Tak perlu la nak ganti. Anggap ja tak ada rezeki kami nak bela ikan tu. Tau lah saya nanti nak explain kat dorang. Akak jangan risau,” balas saya pula.

Sebenarnya, dalam bulan Ogos tahun lepas, suami Kak Shida ni kena gangguan halus. Ada orang sihir mereka katanya. Hampir tiga bulan juga suaminya sakit, meracau-racau. Merata-rata dibawa berubat dan dengan izin Allah, suaminya sembuh. Bab ikan laga tu…Kak Shida siap call beberapa orang ustaz bertanyakan pendapat dan kebanyakan mereka suruh buang ikan tu.

Saya faham situasi Kak Shida, sebab tu saya tidak marah atau terasa hati. Kalau saya di tempat dia, mungkin saya juga akan melakukan perkara yang sama.

 So, kepada anak-anak, saya ceritakan kisah yang sebenar supaya mereka faham apa yang berlaku. Sebagai ganti, saya belikan mereka sebiji lagi akuarium kaca berisi lapan ekor ikan guppy berwarna-warni daripada Kak Naroswati. Harganya pun murah RM50, siap ada pokok bagai. Ini yang dikatakan patah tumbuh hilang berganti. Perkara yang lepas jangan diingat-ingat  lagi, pasti ada hikmahnya.


Teringat-ingat kata Kak Shida,"orang tua-tua kata tak elok bela ikan laga, nanti anak-anak akan selalu bertelagah sesame sendiri". ermm...yang ni saya tidak pasti kebenarannya..hehe. 

Alhamdulillah, semalam...sekali lagi saya buat anak-anak tersenyum. Apa lagi yang mampu saya buat melainkan melihat keseronokan anak-anak. Walau garang macam mana sekalipun, saya tetap sayangkan anak-anak. Mereka adalah harta saya dunia dan akhirat. Dengan adanya 'kawan baru' ni, harap-harap dapat merangsang perasaan kasih sayang kepada haiwan. Macam-macam pertanyaan mereka yang perlu saya jawab...biasa lah budak-budak..mereka sedang meneroka alam baru mereka.
Bagus juga ada ikan yang comel ni sebab dapat hilangkan stress...sebab tu saya juga beli satu balang untuk diletakkan di pejabat. Harap-harap mereka masih sihat menjelang Isnin ini..

Salam sayang

MAMA EIZAN
* sorry, entri kali ini tak ada gambar walaupun saya sudah sediakan. Ada masalah sikit...huhu



















 

 

 


Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK

PROJEK BEG SEKOLAH

MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!