RAGAM HARI PERTAMA DI SEKOLAH

Pena EIZAN ARIFFIN
Gambar Gerobok S3 & fb

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum mama semua! Ermm..hari ni antara hari sibuk buat mama kerana hari pertama sekolah. Macam mana setakat hari ni? Alhamdulillah, saya baru saja balik hantar Amzar ke sekolah kebangsaan..tahun ni tukar ke sesi petang sebab sekolah tu makin ramai student. So darjah 1 dan 2 sesi petang, darjah 3,4,5,6 sesi pagi. Dua orang lagi kakaknya sesi pagi. So, dah pasti jadual hari ini lebih kalut. Pagi tadi suami hantar anak-anak ke dua sekolah yang berbeza...si kakak ke sekolah kebangsaan dan si adik ke sekolah agama.

Saya pula kena uruskan Raisya dan Aliff Hakimi sebab baby sitter pun cuti. Lepas goreng mi, saya kejutkan dua kenit tu, mandikan dan kemudian bawa dorang ke sekolah kebangsaan untuk bayar yuran kakaknya. Raisya & Kimi jadi peneman saya pagi ni...hehe..



Suami pula uruskan yuran Amzar di sekolah agama. Yuran sekolah agama memang lebih tinggi sebab tak dapat subsidi. Total untuk tiga beradik RM750. Yuran sekolah kebangsaan RM25 jer plus PIBG another RM25. Alhamdulillah kami masih mampu bayar tapi saya terbayangkan golongan yang susah dan berpendatan rendah. Jadi tak hairan lah jika ramai yang tak hantar anak ke sekolah agama...huhu

Kul 12.15pm, saya bawa Amzar pula ke sekolah kebangsaan. Sampai awal...so boleh la 'chup'  tempat. Pejam celik pejam celik dah masuk darjah 2 hero ni. Harap-harap tahun ni, dia lebih maju di sekolah..hehhe.



Bangun pagi tadi pun lebih mudah, dah Nampak sikit kematangannya. Bila jumpa kawan-kawan lama, punya la excited. Kawan baiknya nama Mirza...lelaki tau. Apa yang menarik tentang Mirza ni? Ermm..lasak sama cam Amzar, dan setiap hari Mirza akan bagi sebiji roti Gardenia kat Amzar, hampir setiap hari ok! Sampaikan kadang-kadang roti tu terpenyek dalam beg sebab tak makan. Ya lah...kalau hari-hari makan roti tu, mau juling juga biji mata dibuatnya...hahha

Bila cerita tentang ragam anak-anak sekolah ni, tadi saya tak dengar pula ada budak darjah 1 yang menangis dalam kelas. Budak-budak sekarang ni dah biasa sekolah dan berkawan. Kalau ada pun yang takut, jumlahnya tak ramai. Alhamdulillah...anak-anak saya tak ada masalah di hari pertama mereka..mama & abah dia yang bimbang lebih...hehe...saya la tu...

Hari ni Nampak macam-macam post kawan-kawan kat fb tentang ragam anak. Nak gelak ada, kesian pun ada. Cer tengok gambar kat bawah ni....huhuhu


Agak-agak macam mana boleh sangkut perut ni? Yang bestnya anak murid sedih, cikgu lak senyum....may be dah banyak kes cam ni...so tak ada apa nak panic. hahaha


What about this? Huhuhu....kesian lorrrr...siap kena guna gaji lagi! Ye la..tengkorak kepala tu bukannya lembut dan dipicit-picit, so kenalah potong mana yang patut.


Lorrrrr...yang ni lagi haru! Hahahaha...tapi saya Nampak budak ni cute sangat...relax jer muka dia. Budak cerdik ni..hahaha

So, sape yang pernah ada pengalaman macam ni? Jom lah share kat sini.

Ermm..kali ni, saya nak kongsi TIP ANAK BERSEDIA KE SEKOLAH:
1. Bagi memahamkan anak-anak yang dia akan ke sekolah kebangsaan atau 'sekolah betul', anda perlu beritahu dia berulang-ulang kali secara santai dari masa ke masa beberapa bulan lebih awal.
2. Ini penting agar dia lebih bersedia mental dan fizikal.
3. Ceritakan benda-benda yang gembira tentang sekolah misalnya akan dapat kawan-kawan baru, aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan misalnya waktu Pendidikan Jasmani.
4. Bagi anak-anak yang ke tadika, mungkin sehari dua ni agak sukar tapi anak perlu pujuk mereka dengan lembut.
5. Jika mampu, belikan stationery yang comel dengan watak yang mereka suka.Tidak salah gembirakan hati mereka.
6. Biasanya, tenaga pengajar tidak menggalakkan ibu bapa untuk tunggu anak-anak sebab perkara ini akan mengganggu tumpuan mereka.
7. Andai anak anda mengangis dan meraung-raung, anda perlu 'keras hati' untuk tinggalkan mereka dengan tenaga pengajar. Biasanya kalau tak ada ibu bapa, mereka akan kembali reda menangis. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa.
8. Atau satu cara lain yang pernah saya cuba untuk minggu pertamanya...saya akan temankan dia sekejap di dalam kelas...bila dia leka, perlahan-lahan saya tinggalkan dia. Sebab saya tak sampai hati nak biarkan anak menangis..huhu
9. Kena lebih banyak bersabar dan elakkan memarahi mereka. Ingat ya, ini proses baru dalam kehidupan mereka. Jangan kerana marah, anak terus terbantut minat nak ke sekolah.
10. Sentiasa berdoa kepada Allah agar hati anak-anak sentiasa terang dan mudah menerima ilmu-ilmu baru.

Sebelum berhenti, saya ingin share satu lagi gambar yang saya tak mampu luahkan dengan kata-kata. Allahuakbar! Allahuakbar! Subhanallah!



Menitis air mata saya melihat anak kecil ini yang sangat istimewa. Tabahnya di kecil ini, tabah lagi ibu bapa yang membesarkannya. Semoga adik Damia Irsalina menjadi insan hebat suatu hari nanti! Doakan anak ini diberi kekuatan fizikal dan spiritual bagi menempuh hari mendatang.


GOOD LUCK MAMA!

Salam sayang
MAMA EIZAN












Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK

PROJEK BEG SEKOLAH

MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!