BAHAYA PADA ANAK ADA DI MANA-MANA

Pena EIZAN ARIFFIN
Foto Gerobok S3


“Mama, Kimi kena langgar dengan kereta”,  jelas suara adik Kimi ketika mengadu pada saya melalui phone ketika saya dalam perjalanan balik dari Kelana Jaya selepas habis presentation planning for 2014 malam tadi.


Ya Allah, betulkah apa yang saya dengar ni?  Saya mengaku saya ni jenis yang cepat panik jika ada apa-apa perkara berlaku pada anak-anak. Lebih-lebih lagi kalau luka itu berdarah. Silap-silap haribulan saya boleh mabuk darah walaupun darah itu sikit sahaja. Dan saya tak dapat bayangkan situasi itu dialami oleh anak bongsu saya yang sangat manja itu.

Nasib baik bukan saya yang drive, sebaliknya sahabat saya Hot Mama Rin yang drive. Kalau idak mesti saya sudah tidak keruan.


“Ha, kena langgar? Siapa langgar adik? Luka tak? Sakit tak? Berdarah tak?, “ soal saya bertalu-talu kepada adik Kimi yang berusia 3 tahun setengah ni.


Saya pun tak pasti bagaimana dia nak jawab soalan-soalan saya itu. Macam-macam persoalaj timbul di benak saya. Bagaimana kena langgar? Siapa yang langgar? Mana abah dan kakak-kakak nya? Kenapa biarkan adik Kimi main di luar sendirian?  Lebih-lebih lagi waktu tu orang baru balik kerja. Kereta banyak dan laju walaupun hanya di jalan perumahan.


“Aa mama. Kimi kena langgar. Sakit sikit jer. Tak darah pun”, jawab adik Kimi tulus dan sekaligus meredakan gelisah yang bergolak di dalam hati mamanya ini.


“Betul ke adik Kimi tak sakit ni? Okay, tunggu mama balik. Nanti mama tengokkan ya,” jawab saya yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan tulus anak kelima saya ini. Dalam hati saya tidak berhenti berdoa agar anak saya itu dilindungi Allah. Begitu juga anak-anak saya yang lain.


Sebaik sampai di pintu rumah, sudah tentu orang pertama yang mahu jumpa ialah Adik Kimi. Dan ya, sebaik saya ketuk pintu, Kimi berlari membuka pintu untuk saya. Sebaik melihat saya terpacak di muka pintu dia terus memeluk saya. Dan sudah tentu saya balas pelukan itu dengan penuh kasih sayang. Saya cium pipinya dan usap kepalanya sambil membelek-belek apa jua kesan di kepala dan tubuh badannya.


Dari riak wajahnya yang ceria, masih tangkas berlari, hati saya hanya Allah yang tahu.  Alhamdulillah, jawapan adik Kimi dalam telefon tadi memang tulus dan jujur.  Saya yang bersalah kerana meragui cakap anak saya itu.


Seakan memahami persoalan di hati saya, suami cepat-cepat ambil peranannya. Mungkin dia sudah boleh agak apa yang akan saya bebelkan.


“Bukan dia kena langgar kereta, tapi dia yang langgar kereta,” ujar suami saya.


Saya agak terkejut dengan makluman ini kerana bagaimana pula adik Kimi yang langgar kereta?

Rupa-rupanya masa kakak dia, Athirah pergi ambil dari rumah baby sitter (dekat jer dengan rumah) Kimi terus berlari ke jalan, sementara kakaknya sibuk membawa beg sekolah Amzar. Masa tu sebuah MPV lalu dan adik Kimi yang sedang berlari laju berlanggar  bahagian belakang kereta itu. Dan dia jatuh meniarap di belakang tayar kereta.


Anda bayangkan lah ye, mujurlah adik Kimi tu jatuh di bahagian belakang tayar, kalau di depan bagaimana keadaannya? Ya Allah saya tak mampu nak bayangkan situasi itu. Mungkin masa tu tubuh anak kecil saya itu sudah pun digilis! Huhuhu…


Menurut kata suami yang ketika itu baru tengah parking kereta (dia baru sampai rumah), mujur kereta tu tak laju. Terkejut dengan kemalangan itu, pemandu itu terus keluar dan berkali-kali memohon maaf atas apa yang berlaku.


Walau bagaimanapun, saya sangat bersyukur kerana Allah melindungi anak saya dan Dia menghantar malaikat menyelamatkan adik Kimi. Sebak hati saya melihat adik Kimi tak putus-putus memberitahu saya yang dia tidak sakit, cuma sedikit sahaja sakit di bahagian dahi, mungkin terhantuk. Dia tahu betapa risaunya saya.


“Adik Kimi dengar sini cakap mama ye. Lain kali jangan buat macam tu lagi ya.  Jangan lari dan mesti tunggu kakak.  Kereta laju dan banyak, takut nanti Kimi langgar kereta lagi atau kereta yang langgar Kimi. Mama sayang Kimi, mama tak nak Kimi sakit tau,” ucap saya berulang kali.


Saya juga pesan hal ini kepada kakak-kakaknya supaya sentiasa tolong awasi adik-adik. Saya tidak salahkan si kakak kerana dia sudah cuba melaksanakan tanggungjawabnya. Cuma ini yang dikatakan BAHAYA DALAM SESAAT! Sekelip mata sahaja apa-apa sahaja boleh berlaku.  Agaknya inilah antara punca kemalangan kanak-kanak di rumah. Terlepas pandang!


Maklumlah anak kecil tidak tahu apa yang bahaya apa yang tidak. Jadi, sebagai ibu bapa kita harus ulang kali memberitahu apa itu bahaya, kesan bahaya, siapa yang boleh undang bahaya dan sebagainya. Tidak hairan lah saya selalu membebel kepada anak-anak kalau mereka asyik berlari, melompat sana-sini.


Saya tak dapat bayangkan ibu bapa yang kehilangan anak atas sebab ‘terlepas pandang’, terlupa, tidak nampak dan sebagainya. Misalnya sejak kebelakangan ini banyak kes kemalangan kanak-kanak seperti mati lemas di dalam kereta ibu/bapa, ibu/bapa langgar anak sendiri dan macam-macam lagi.  Sebagai ibu saya faham perasaan dan tekanan yang dialami oleh ibu bapa tersebut. Kadang-kadang macam-macam orang cakap, tuduh ibu bapa tu tak alert, ambil mudah dan sebagainya.


Tetapi andai difikirkan secara logik, mana ada ibu bapa yang sanggup cederakan anak sendiri, apatah lagi sehingga menyebabkan kematian! Lain la kes kalau ibu bapa tu memang mental.

Untuk ibu bapa di luar sana, sentiasa berhati-hati dan lindungi anak-anak. Malah saya sendiri pesan hal ini kepada diri sendiri. Setiap hari kita keluar bekerja, ini seolah-olah kita mempertaruhkan keselamatan anak-anak. Hanya kepada Allah kita berserah.


Dalam entri yang akan datang saya akan kongsikan pengalaman saya tentang soal keselamatan ini. Anak saya ramai, sudah tentu macam-macam pengalaman saya pernah lalui. Anak terlepas daripada pegangan tangan, maid dukung baby dan terlepas dari pandangan kami, anak jatuh kolam renang dan sebagainya. Semua ini berlaku dalam sekelip mata!

Salam sayang
MAMA EIZAN












Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK

PROJEK BEG SEKOLAH

MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!