DOA LINDUNGI ANAK-ANAK



Pena EIZAN ARIFFIN               
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua…
MasyaAllah…Allahuakbar! Hanya Dia Yang Maha Mengetahui di sebalik semua perkara yang terjadi.
Sebagai manusia biasa, seorang ibu, seorang wanita, saya merasa tersangat sedih, geram tentang kekejaman yang dilakukan kepada kanak-kanak, malah sangat menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Sejak semalam, kita dikejutkan lagi dengan dua kes yang melibatkan kanak-kanak. Seorang berusia 10 tahun, perempuan yang dirogol, diliwat dan ditoreh kemaluannya sehingga terpaksa menerima 18 jahitan! Budak perempuan tu katanya dalam perjalanan ke sekolah agama menaiki basikal dan jarak rumahnya dengan lokasi kejadian juga tidaklah jauh mana. Memang lelaki tu sangat jahat dan kalau ikut hukum hudud, lelaki tu patut direjam hingga mati!
Dan seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang mati dikelar oleh ayahnya sendiri! Dan dua orang lagi anak perempuannya berusia 10 dan 12 cedera di tengkuk dan salah seorangnya putus jari! Anak keduanya; berumur 15 tahun yang baru balik dari sekolah agama terkejut bila tengok ayahnya pegang parang dan ada kesan darah di lantai ruang tamu…http://www.sinarharian.com.my/budak-perempuan-7-tahun-mati-dikelar-bapa-1.246174    
 Ya Allah, Ya Allah…apa yang sedang berlaku sekarang ini. Hanya Engkau Yang Maha Menentukan segala-galanya!
Bila jadi macam ni, macam-macam soalan ligat di fikiran. Bagaimana seorang bapa sanggup kelar dan cederakan anak sendiri? Saya difahamkan keluarga ini orang baik-baik, beragama dan terpelajar. Malah keluarga ini dihormati jiran tetangga kerana mereka rajin berjemaah di surau. Tetapi si ayah sudah dua tahun menganggur dan dikatakan adalah masalah mental.
Jadi, adakah dia melakukannya dalam keadaan yang sedar? Atau dia sendiri tidak sedar apa yang telah dilakukannya? Dalam bab ini saya tak berani komen apa-apa sebab saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya hanya mampu berdoa agar si ibu (isterinya) diberi kekuatan hati untuk menempuh ujian getir ini. Saya tak dapat bayangkan situasi ini…Ya Allah…sedihnya…tentu semua anak-anaknya dalam keadaan trauma.
Sebenarnya entri saya kali rentetan daripada entri saya sebelum ini iaitu BAHAYA ANAK ADA DI MANA-MANA yang menceritakan tentang Adik Kimi yang nyaris dilenyek kereta di depan rumah saya. Tapi syukur  tidak ada sebarang kecederaan yang berlaku. Pendek kata, bahaya pada kanak-kanak ini boleh juga berlaku di dalam rumah, apatah lagi di luar rumah dengan pelbagai cara!
Rentetan itu, saya sambung tulis entri ini yang tergendala. Masa saya mula tulis entri ini ialah masa kes kejadian kanak-kanak yang berusia 2 tahun yang ditemui mati berlumuran darah di sebuah rumah kosong. Kanak-kanak ini dibunuh kejam dan rentetan daripada kes ini, ibunya dan teman lelaki ibunya ditahan reman. Kedua-dua mereka terlibat dengan dadah. Saya tidak pasti berita terkini tentang mereka akhir-akhir ini.
­­­­Tup-tup semalam timbul lagi isu melibatkan kanak-kanak…hati keibuan saya sangat terpukul!  Wahai ibu bapa, apa yang perlu kita lakukan?
Sebagai seorang Muslim, marilah kita sama-sama berdoa agar diri, pasangan, anak-anak dan seluruh keluarga kita berada dalam lindungan Allah, jauh dari gangguan syaitan. Saya kongsikan doa ini dari page Ustaz Zaharuddin.net


Kepada keluarga mangsa. Salam takziah daripada saya. Semoga anda semua tabah menghadapinya. Sesungguhnya tempat anak-anak anda adalah di syurga Allah yang sangat indah...
 Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080 - teks doaya adalah yang berwarna merah)
Disebut dalam satu riwayat lain,  nabi bersabda :-
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله  أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )
Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)
 
Nabi bersabda :-
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala, dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah." ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)
 

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK

PROJEK BEG SEKOLAH

MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!