SIAKAP 3 RASA


Pena EIZAN ARIFFIN

Assalamualaikum & salam sejahtera semua! Seronok la masing-masing cuti panjang minggu ni sebab Gong Xi Fa Cai. Ramai yang ambil kesempatan ni untuk balik kampung dan cuti-cuti. Dan ramai jua yang up date kat status fb dan whatsapp grup kata kebanyakan jalan sesak. Itu yang rata-rata kita malas nak tempuh. 
Saya dan suami pula tak bercuti panjang...cuma saya ambil ekstra cuti hari Isnin depan. Anak-anak pula cuti sampai Selasa...seronok la dorang boleh main kat rumah. Mula-mula hari tu berangan juga nak pergi cuti-cuti tapi bila fikir-fikir balik, malasnya nak tempuh kesesakan. Lagipun bila last minute check hotel kat agoda, rata-rata dah penuh dan rate dia..ermm...peak season la katakan. Almaklumlah...So kita cuti-cuti kat rumah saja la ye anak-anak.
In Shaa Allah esok en suami kata nak bawa dorang lencun kat Wet World Shah Alam...so harap-harap plan menjadi la ye. Kalau tak mesti bosan juga berkurung kat rumah kan...
Tadi keluar, banyak kedai yang tutup tapi nasib baik MyMydin kat rumah ni buka. So bolehlah beli barang-barang dapur sikit untuk masak dinner. Untuk minum petang, saya dah siapkan Roti Lapis Keju Berdaging. Simple dan sedap. Tapi suami saya dan Amzar tak layan western food. Dorang lebih prefer nasi; lauk simple pun tak apa.
So, untuk dinner hari ni, saya plan nak masak SIAKAP 3 RASA. Alaaa..tak de yang unik pun menu ni cuma saya ni jarang masak, so kira special la bagi kami anak beranak. Sementara dok taip entri ni, anak-anak sibuk dok main kat luar tapi dalam pagar rumah la. Saya memang tak izinkan dorang main di luar rumah tanpa pengawasan saya atau suami. Orang nak kata saya 'kawal' anak pun katalah. Memang saya kena kawal..kalau tak bahaya!
Back to dinner, apa menu anda semua hari ni?  Yang bercuti dah confirm la makan sedap-sedap. Yang balik kampong pula dah mesti mak ayah dah tunggu kat rumah dan prepare macam-macam menu best kan. Silap-silap dah sembelih ayam kampung. Tak pun tumbang lembu...erm...ada ke macam tu?
So, jom kita masak SIAKAP TIGA RASA!
Basuh ikan bersih-bersih dan jangan lupa ‘cucur air’ – berselawat!
* Bagi nak hilangkan hanyir, saya biasanya guna air asam jawa. Sapu seluruh badan ikan tu, kemudian bilas denga air hingga bersih

Bahan-bahan:

1/2 ekor ikan siakap – goreng dulu

2 sudu besar pes sambal (de-froze dulu ya)

1 inci halia – hiris memanjang dan halus

2-3 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar sos cili

2-3 sudu besar  sos tomato

2 sudu besar sos lada hitam

Sedikit kicap

Bawang besar – potong kiub

Garam secukup rasa

Minyak untuk tumis

CARANYA:
  1. Masukkan minyak untuk tumis, masukkan halia. Lepas naik bau masukkan pes sambal (kalau yang nak tumis bawang putih, merah tak ada masalah. Saya guna pes, so short cut ler).
  2. Masukkan kesemua sos dan kicap. Campur air sikit kalau pekat.
  3. Masukkan garam secukup rasa, kacau. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong kiub. Ada yang tambah nenas kiub, so  terpulang. Saya guna apa yang ada sahaja.
  4. Kalau nak rasa pedas, letak lah 2-3 biji cili padi. Bila kuah dah masak, tuang kuah tersebut di atas siakap yang telah digoreng.
  5. Yeayy, it's ready to eat!

SELAMAT MENCUBA!
* sorry, saya tak dapat upload gambar, tak tau la apa masalah dengan network ni...huhu

Mama Eizan




Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK

PROJEK BEG SEKOLAH

MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!