'ROBOT' LIPAT KAIN...

Pena EIZAN ARIFFIN
Foto Gerobok S3

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada anda yang sudi baca entri saya sebelum ini. Dan kali ini saya ingin berkongsi tip mengurus kerja rumah iaitu aktiviti melipat kain guna 'robot'!



Apa yang terlintas di fikiran anda saat melihat kain yang bertimbun dan berbakul-bakul? Rasa nak demam? Ke yang demam boleh kebah? Hahaha...ermm...saya dah biasa lihat panorama ni dan hanya mampu menarik nafas dalam-dalam dan cooooolllll! Maklumlah keluarga kami ni besar. Jadi, kain baju memang banyak la. Saya tidak nafikan perihal menguruskan kain baju ni antara perkara yang sangat mencabar untuk saya. Boleh demam dibuatnya!

Ia mencabar dari segi tuntutan masa, kesabaran dan kecekalan menguruskannya dari A-Z...mengumpul 'baju busuk', membasuh, menyidai (sekali-sekala sebab kami guna dryer), melipat dan menyusun dalam rak baju. Haaa....step yang akhir ni pun satu lagi yang mencabar. Kadang-kadang ambil masa seminggu untuk bawa kain yang sudah dilipat ke dalam wardrobe. Ada tak yang macam saya?

Inilah resam rutin saya. Bab melipat pakaian ni saya tak mampu buat setiap hari. Terpaksa 'lompat-lompat'.  Bagaimanapun rutin ini perlu juga buat, kalau tidak rumah macam kedai dobi la...silap-silap kedai dobi lagi kemas dan cantik! So, seminggu dalam 3-4 kali la aktiviti melipat pakaian berlangsung...marathon gitu! Alhamdulillah, tugas-tugas ini menjadi sedikit ringan apabila suami dan anak-anak turut membantu. Saya tidak kisah cara lipatan mereka asalkan kain baju tidak bertimbun. Walaupun penat, hati kena ikhlas! Baru berkat hidup kita ni...

KEHADIRAN 'ROBOT' LIPAT KAIN!


Robot lipat kain??? Ermm...ramai yang terkejut agaknya bila saya sebut perkataan ini. Bukannya apa, saya tahu ramai di kalangan anda yang sangat berharap ada robot yang boleh melipat pakaian! Ada ke robot ni? Kalau ada, sudah tentu saya orang pertama yang membelinya! hahaha...

Jadi, apa jenis 'robot' yang saya maksudkan ni? Nak tahu kena lah baca entri ni hingga habis ya...

Beberapa bulan lepas, saya tunjukkan satu video (anak saudara yang  taq video ni pada saya) kepada suami tentang sejenis alat yang digunakan untuk melipat kain. Alat ini menarik perhatian saya kerana ia dapat menjadikan proses melipat pakaian menjadi lebih cepat, menjimatkan masa dan lipatannya kemas dan sekata! Hanya dengan empat langkah, lipatan siap, kemas dan sekata! Saya pun apa lagi...bersemangat la nak beli benda alah ni..hihi

Nak dijadikan cerita tak beberapa hari lepas tu, suami saya bawa balik benda ni. Terkejut saya! Mana pula dia dapat sedangkan saya tahu suami saya ni bukan 'kaki membeli'...wife dia ye la...kaki membeli! Rupa-rupanya masa dia makan kat satu restoran tu, ada orang datang jual kepadanya. Lalu dia teringatkan video yang saya tunjuk hari tu. So, dia pun terus beli. Sebab apa? Sebab dia pun dah tak larat nak lipat kain agaknya...hehhe

Tapi benda ni bukan lah robot, kita juga la yang robot sebab kita yang perlu menggerakkannya! hehehe

Siapa mahu cuba?
JOM LIHAT TEKNIK MUDAH LIPAT  KAIN


STEP 1
* Alat ni dibahagikan kepada tiga bahagian; kiri, kanan dan tengah. Kat bahagian tengah tu dibahagi kepada dua bahagian.
* Letak baju anda di tengah-tengah. Lipat ke atas baju yang berlebihan 'sarang' ni ( tak tau nak sebut apa..huhu

STEP 2

* Lipat bahagian kiri (nak mula kanan dulu pun tak de masalah. Lebih afdal...)
















* Lepas tu lipat pula bahagian kanan seperti ini sambil tekan-tekan dengan tapak tangan kat papan ni dari atas ke bawah supaya baju tu kemas.












                                                                 STEP 3



* Kemudian lipat pula bahagian bawah ni ke atas.













                                                          STEP 4

Tadaaaa! dah pun siap!
Cam kemas jer..cam kemas jer...hehehe



Haaaa...adik Kimi, tok sah dok sengih ja. Mai tolong mama lipat kain 3 bakul ni...hahaha

So, kengkawan semua SELAMAT MENCUBA!

Salam sayang
MAMA EIZAN




Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK

PROJEK BEG SEKOLAH

MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!