JOM MASAK SAMBAL HASIL BUAT PES...

Pena EIZAN ARIFFIN
Foto Gerobok S3

Assalamualaikum semua! Hopefully, masa ni semua kaum ibu sudahpun ada kat rumah. So, apa menu malam ni? Apa? Beli jer? Ye...masak? Bagus sangat untuk yang ada effort nak memasak tu. Yang beli jer pun saya faham sangat sebab saya pun seperti anda juga. Ada masa saya beli, ada masa saya masak. Cuma untuk tahun 2014 ni saya berazam untuk lebih rajin memasak.

Sebab tu, saya berusaha untuk buat pes seperti yang pernah saya kongsikan dalam entri sebelum ini. So, kali ni saya nak share resipi Sambal Sotong Kering Pangkor...hehehe...nama kat hujung tu saya tambah sendiri sebab sotong kering ni saya beli masa kami sekeluarga pergi ke Pulau Pangkor cuti sekolah yang lepas. So, ada juga la kenang-kenangan...ermm..bila dah masuk perut dah tinggal sejarah jer la..

Okay. Hari tu saya buat pes kari ikan dan kari daging. Memang tak dinafikan, kerja memasak menjadi mudah. Tapi takkanlah hari-hari nak makan kari kan? Nanti bertukar wajah la pulak!

So, weekend lepas saya tengok cili kisar saya masih berbaki. Tak lah banyak sangat. So saya masaklah semuanya. Untuk sekali makan memang lah banyak, jadi saya buat la pes. Dapatlah tiga bekas comel dan satu saya guna untuk buat sambal. So tinggal jer la lagi dua. Tengoklah esok lusa tulat ke, kita buat lagi sambal ni. Pagi tadi saya guna pes ni untuk buat goreng mee kering untuk anak-anak. Jadi tak perlu lah nak tunggu cili pecah minyak bagai...so jimat masa!



Untuk buat pes sambal ni, bahan-bahan asas kita guna seperti biasa la-:
- Cili kisar
-Bawang putih - ditumbuk
-Bawang merah- ditumbuk
-Bawang besar (dikisar)
-Air asam jawa
-Garam dan gula secukup rasa
* Ada sesetengah orang masukkan belacan. Tapi saya sangat jarang buat macam tu
* dari segi kuantiti setiap bahan bergantung kepada jumlah cili kisar yang kita guna. So, anda boleh agak sendiri (gandakan sahaja).

1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar diikuti bawang besar yang dikisar. Bawang ni boleh mengurangkan pedas cili dan memekatkan kuah. Rasa manis-manis bawang ni sedap!
3. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masak sehingga cili benar-benar masak dan pecah minyak. Sesekali kacau supaya tak hangit..

SELAMAT MENCUBA 

Salam sayang
MAMA EIZAN

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK

PROJEK BEG SEKOLAH

MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!