MEMASAK CARA MUDAH & JIMAT!

Pena EIZAN ARIFFIN
Foto Gerobok S3


Assalamualaikum semua! Nak tau tak cara  mudah dan cepat memasak? Teknik nak jimatkan masa di dapur?  Kalau nak tau jom baca entri saya kali ini.

Sebagai ibu, isteri yang bekerja sepenuh masa, saya bukan dikategori sebagai orang yang rajin memasak untuk keluarga. Tapi saya cuba berusaha untuk memasak sekerap yang boleh kecuali saya dah malas atau tak ada energy langsung untuk melakukannya. Saya juga mengaku yang saya ni bukan pandai masak sangat. Cuma menu-menu biasa jer . Kalau western pun habis sangat saya buat spaghetti, carbonara ke, chicken chop ke…itu pun jarang-jarang..hehe..
Kuih-muih, ermm…lagi la tak reti. Tapi saya boleh buat cookies…tengok resipi la. Habis sangat saya buat agar-agar, caramel, puding koktel, cokodok, …hahaha…donut,karipap utu pernah la cuba tapi fail jer,..

Untuk tahun 2014 ni saya berazam untuk lebih rajin memasak untuk keluarga. Sejak 4-5 bulan lalu, memang hampir setiap hari saya masak untuk anak-anak lunch masa balik sekolah. Kalau tak sempat masak saya beli jer..nasi lemak ke…bihun, mee goreng macam tu la. Tapi saya tau confirm anak-anak dah bosan tahap gaban asyik mengadap menu yang sama. Lebih-lebih lagi Nurin yang sangat tak suka makan nasi lemak! Perut dia roti jer…huhu..nanti mama belajar buat roti ya…
Kalau masak, biasanya saya masak yang mudah jer misalnya nasi goreng, bihun, spaghetti, mee kering goreng, nasi putih dengan satu lauk jer. So, pagi pukul 5.30pagi saya dah mula bangun untuk masak. Memang setiap pagi saya kalut. Nak masak, nak kejut anak lagi, nak suruh dorang mandi lagi…erkkk….nakk siapkan si kecil ergi tadika, kain baju anak pergi baby sitter…memang boleh terbalik lah kalau badan tu sekeping ja. Hahaha…alasan nak sedapkan hati ni..

So, untuk tahun 2014 ni , saya  berazam untuk lebih banyak guna teknik frozen…frozen food! But how???
Caranya, saya jadikan kawan lama saya sejak zaman sekolah iaitu Pnut Syafinaz (nama FB dia) sebagai sumber inspirasi. Dia ada dua orang anak, ada maid, rumah dia cantikkkk…English deco gitew! Everyday dia masak sendiri, bukan jer untuk makan malam, tapi untuk bekal anak-anak juga. Pnut ni kerja tau…

Antara teknik yang dia pakai sejak sekian lama ialah buat frozen pes….dia sentiasa buat pes kari ayam, ikan, kurma, sambal tumis, asam pedas dan macam-macam lagi. Katanya, cara ni memudahkan kerja-kerja memasak dan menjimatkan masa.
10 CARA & MANFAAT TEKNIK FROZEN
1.       Memudahkan proses menyediakan makanan. Sebagai contoh, malam nanti anda nak masak kari ikan. Jadi, pagi sebelum pergi kerja, keluarkan pes dan letak di bahagian bawah peti. Nanti bila balik kerja, anda panaskan pes tadi, masukkan air,santan dan ikan, bendi atau tomato jika nak.

2.       Cara nak buat pes ni tak lah susah..mudah saja. Caranya sama saja seperti kita nak masak kari/sambal/kurma, cuma dibuat dalam kuantiti yang banyak, dan tak perlu masukkan dulu santan, ayam/ikan/daging.

3.       Jadi, anda boleh buat anggaran jumlah bahan yang diperlukan. Double kan sahaja bahan-bahan yang anda gunakan.

4.       Lepas dah masak/pecah minyak dan sedikit kering/pekat, padamkan api. Lepas sejuk, masukkan pes ni dalam bekas-bekas kecil. Satu bekas  untuk sekali masak. Kalau keluarga anda ramai, tentu banyak nak guna. Jadi, anda boleh anggarkannya sendiri.

5.       Bagi mengelakkan kekeliruan, anda boleh labelkan bekas-bekas tersebut cth KARI IKAN,KARI AYAM,KURMA, PAJERI dll.

6.       Ada juga pes yang serbaguna misalnya PES KARI AYAM/DAGING. Kata Pnut Syafinaz, pes ni kita boleh gunakan untuk buat Roti John, macaroni bakar, spiral goreng dan lain-lain. Erm…saya dah cuba tau..nanti saya tunjukkan gambarnya.hehe

7.       Tahan lama sehingga berbulan-bulan lamanya.

8.       Menjimatkan masa dan sangat membantu ibu-ibu yang bekerja tapi pada masa yang sama perlu memasak untuk keluarga. Dalam masa 10 minit sahaja, kari anda sudahpun siap!

9.       Menjimatkan wang belanja! Ingat ya, memasak sendiri itu lebih jimat. Kalau beli kat luar atau makan di restoran, macam saya paling kurang RM40-70 (makan kat luar). Kalau tapau RM20++. Cer kali…cer kali…

10.    Lebih barakah! Air tangan ibu tu sangat berkat untuk anak-anak dan keluarga. Kasih sayang kita ada dalam apa jua yang kita sediakan untuk mereka. Kalau masa masak tu happy, aura happy lah yang akan mereka dapat. Kalau tengah marah…ermm…alamatnya…cepat lah sakit perut anak-anak kita…hehehe…saya lawak jer yang ini…contoh jer..

So, sebagai ‘orang baru’, saya pun dah mulakan teknik ini dengan menyediakan pes kari daging dan ikan. Lepas-lepas ni nak buat lagi dan lagi...dan lagi..dan yang lain..yang lain...Thanks ya Pnut...muaahhhh!
Ini hasil pertama saya..pes kari ayam (purple color), kari ikan (bekas hijau tu)....errmmm...bau kari tak?
Tadaaaaa! Selain masak kari daging, pes itu juga saya guna untuk masak pasta ini. Tumis bawang besar dan bawang putih (dipotong kiub), masukkan pes kari daging, daging kisar, serbuk lada hitam, garam secukup rasa. Dah pun siap!
Haaa yang ni rupa lain sikit. Pasta yang tadi, tapi saya buat eksperimen skit...saya masukkan dalam bekas aluminium ni, tabur mozzarella cheese dan bakar. Yummy, anak-anak bawa bekal ke sekolah. Lepas ni, confirm saya akan buat banyak lagi! Jom kita cuba!

 DI SINI SAYA KONGSIKAN SATU RESIPI BY PNUT SYAFINAZ... 




 PUDING ROTI DAGING

Untuk Daging
1 labu bawang besar (sedap guna bawang holand,guna suku untuk cincang, selebihnya dadukan)
2 ulas bawang putih...
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar lada hitam (jenis kasar, tp sy maybe letak lebih kot, ni anggaran je)
1 biji kentang (yg besar, dadukan)
*7-8 biji cendawan butang (hiris-hiris)
*1 biji tomato (buang biji dan potong dadu)
1 tin kecil kacang peas
1/2 kiub ayam
daging kisar (kalau ramly dia jual keping2 kan, saya guna 1 keping, tapi rasanya kalau buat 2 keping pun ok gak)
sedikit mozarela cheese
Caranya
1. tumiskan bawang besar dan bawang putih
2. masukkan sedikit air, dan rempah kari
3. masukkan lada sulah, lada hitam
4. masakkan sampai rempah garing, dan naik minyak.
5. masukkan air dan masukkan kentang dadu
6. kentang agak lembut, masukkan daging kisar
7. elok masak daging dan kentang, then masukkan bahan lain, cendawan, tomato, kacang peas, bawang,
dan kiub ayam)
8. jangan biar bahan ni terlalu dry, biar basah-basah sikit
siap!!

untuk rotinya
4 biji bun burger (atau roti gardenia 10-12 keping kot)
1 cawan susu cair
1 cawan air
sedikit lada sulah dan garam
4 biji telur (2 biji untuk adunan roti, 2 biji lagi pukul untuk tuang atas puding nanti)

caranya
1. Roti burger tu gunting-guntingkan.
2. susu cair, 2 biji telur, air dan lada sulah dan garam satukan kacau-kacau
3. kemudian tuang bancuhan tu dalam roti yang dah siap potong..
(masa ni kena adjust sikit, jangan masukkan bancuhan sekaligus, agak-agak dengan roti.. agak-agak roti basah semua ok la jangan sampai terendam byk sangat, nanti terlalu cair, tak sedap, kalau sayang, ada roti lebih, masukkan)
4. amek loyang oleskan dengan majerin agar tak melekit
(better guna jenis loose, yang boleh kita keluarkan nanti) kalau takder guna loyang biasa je la, saya tukang kek jadi loyang banyak jenis..
5. lapisan pertama letak separuh adunan roti tadi, kemudian lapiskan dengan daging tadi, kemudian letak lapisan roti pula, then lapisan sekali lagi adunan daging lagi sekali kat atas.
6. pukul 2 biji telur tadi dan tuang ke atas adunan puding tadi dan bakar dalam oven
guna api atas dan bawah, api bawah saya set 180, dan api atas saya set 150 je, tak mau daging tu kering sangat.
7. bakar lebih kurang 30-40 minit, then keluarkan taburkan mozarela cheese dan bakar lagi dalam 8-10 minit.
tadaaa siap...

*mozarela cheese beli kat bakeri shop, yang jenis satu ketul tu nak guna parut, saya tak suka beli yang kat hypermarket, sebab cheese dia tak 'bertali' tak syiok.. lagipun murah lagi yang cheese block ni.. seketul dalam 8-10 ringgit. boleh guna byk kali.
*bahan tambahan macam kacang peas, cendawan, tomato tu optional, tak bubuh pun takper, saya ni ala-ala abehkan stok bahan.






  





Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TAEKWANDO UNTUK KANAK-KANAK

PROJEK BEG SEKOLAH